Suhaimi Kamarudin Terima Anugerah Khas Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR, 29 Sept – Mantan Ketua Pemuda UMNO pada zaman dikenali era Pemuda bertindak, Datuk Suhaimi Kamarudin harii ini menerima anugerah khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Anugerah tersebut yang merupakan acara tradisi pergerakan itu disampaikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada persidangan sayap UMNO itu yang diadakan hari ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Suhaimi merupakan mantan Ketua Pemuda UMNO 1977 sehingga 1982 dan pemuda zamannya lebih dikenali era bertindak.
“Pemuda UMNO mesti berani…Pemuda terdiri daripada orang muda dan orang muda semestinya seorang idealistik. Kalau Pemuda menyuarakan pendapat idealistik, itu adalah pembakar yang datang daripada lubuk hati orang muda.
“Semasa saya menjadi Ketua Pemuda dahulu, kami dipanggil parti dalam parti kerana kita bergerak seolah-olah kita parti dalam UMNO. UMNO itu parti yang besar dan kita parti kecil dalam UMNO.
“Begitu sekali peranan kita menyampaikan hasrat dan kehendak-kehendak rakyat jelata kepada Pemimpin,” katanya menerusi video khas yang ditayangkan sebelum penyampaian anugerah berkenaan. – MediaUMNO