Wanita UMNO Anjur Program ‘Wacana Dampak Media Sosial Terhadap Politik Malaysia’ Sempena PAU 2018

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Program ‘Wacana Dampak Media Sosial Terhadap Politik Malaysia’ yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2018, berjaya memberikan informasi yang bermanfaat kepada ahli-ahli pergerakan Wanita UMNO dalam usaha menjadikan medium media sosial sebagai platfom penyampaian maklumat kepada rakyat dan juga kritikan terhadap dasar-dasar kerajaan hari ini.

Kira-kira 250 perwakilan Wanita UMNO Malaysia yang mewakili 191 bahagian di seluruh negara merasa teruja dan berpuas hati dengan program tersebut yang turut menampilkan dua tetamu undangan iaitu Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hishammudin Yaakob dan juga bekas pegawai Biro Publisiti Dap, saudara Amran Ahmad.

Program yang berlangsung bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri oleh AJK Wanita UMNO Malaysia termasuk Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga turut hadir sebagai tetamu jemputan kehormat dan memberikan ucapan ringkas bagi menaikkan semangat ahli-ahli Wanita UMNO untuk terus berjuang dan jangan berputus asa, serta memberikan keyakinan bahawa UMNO mampu untuk bangkit dan menerajui semula kerajaan pada PRU ke 15 yang akan datang.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.