Jom Saksikan Wawancara Eksklusif Bersama Presiden UMNO Malam Ini


KUALA LUMPUR, 27 – Sebagai sebuah himpunan tahunan parti orang Melayu terbesar di negara ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 yang akan membuka tirainya pada esok, sudah pasti ianya bukan hanya menghimpunkan para perwakilan dan pemimpin parti dari seluruh negara malahan ahli-ahli dari akar umbi, penyokong serta masyarakat umum juga akan tertumpu kepadanya.

Justeru, sebagai pembuka tirai PAU 2018, UMNO Online akan membawakan wawancara eksklusif bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan menyentuh mengenai hala tuju parti dan perjuangan UMNO sebagai sebagai sebuah parti yang progresif dalam mendepani segala cabaran politik yang mendatang terutamanya kini berada di blok pembangkang.

UMNO Online akan menyiarkan wawancara tersebut melalui medium facebook rasmi parti, facebook.com/mediaumnomalaysia pada jam 9 malam ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya, yang pastinya dapat memberikan informasi yang berguna khususnya kepada ahli, pemimpin, penyokong serta masyarakat umum mengenai perkembangan terkini serta hala tuju parti.

PAU 2018 akan berlangsung bermula 28 sehingga 30 September ini dengan anggaran seramai 5,739 perwakilan dijadualkan menghadiri persidangan tersebut. – Media UMNO.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.