UMNO Sabah Dengan Kuasa Autonomi – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 25 Sept – UMNO Sabah mohon diberi kuasa autonomi, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata permohonan Sabah itu akan beliau sentuh dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO pada 29 September ini sebelum dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi UMNO untuk diperakui.

Katanya perkara berkenaan juga akan dibawa ke Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi membolehkan pindaan perlembagaan parti berhubung permintaan UMNO Sabah untuk diberi autonomi berkenaan.

“Kita perlu ‘formalised’ dengan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan kita akan masukan dalam pindaan pelembagan baharu dan kita akan meletakkan semua permintaan (UMNO Sabah) dalam perlembagaan itu dan kita akan perincikan supaya bagi permohonan (UMNO Sabah) itu sah dari segi undang-undang di dalam perlembagaan kita,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin UMNO Sabah di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Katanya permohonan UMNO Sabah untuk sertai satu gabungan parti pembangkang di negeri itu juga akan beliau sentuh dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO nanti.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.