Ikuti Diskusi U3.0 Malam Ini, Kupas ‘Kerajaan Dolak-dalik’

KUALA LUMPUR, 19 Sept – ‘Kerajaan Dolak-dalik’ menjadi topik dalam kupasan Diskusi U3.0 malam ini lantaran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gemar bercakap berbalik-balik atau tidak tetap tentang sesuatu perkara khususnya soal pentadbiran dan ekonomi negara.

Bagi membincangkan topik tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Sharkar Shamsudin akan tampil dengan Datuk Dr Azizan akan bersama sebagai moderatornya.

Diskusi u3.0 yang menjadi wadah utama bagi membincangkan isu-isu semasa ini akan bersiaran pada pukul 9.00 malam ini dengan boleh diikuti menerusi laman facebook rasmi UMNO iaitu di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Justeru, marilah bersama-sama mengikuti kupasan topic ‘Kerajaan Dolak-dalik’ serta turut sama memberikan pandangan, idea atau hujah melalui ruangan komen yang disediakan. – MediaUMNO