‘Pendidikan di Malaysia & Kasut Hitam’ Jadi Topik Diskusi U3.0 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Naib Presiden yang juga UMNO bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr Mahdzir Khalid akan tampil dalam Diskusi U3.0 malam ini bagi mengupas topik ‘Pendidikan di Malaysia dan Kasut Hitam’.

Topik tersebut adalah antara isu hangat yang timbul dalam masyarakat selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Diskusi tersebut akan bersiaran secara langsung melalui laman facebook UMNO-Online yang membolehkan khalayak untuk turut sama-sama berkomunikasi melalui ruangan komen yang ada.

Justeru, pengguna media sosial dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut malam ini bersama moderatornya Datuk Dr Azizan. – MediaUMNO