Jentera Penerangan UMNO Mesti Proaktif Sampaikan Maklumat Kepada Rakyat


KOTA KINABALU, 10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah meminta semua jentera penerangan UMNO empat peringkat di bahagian dan akar umbi mesti digerakkan dan proaktif yang usaha untuk menyebarkan maklumat dan informasi terkini dengan lebih efektif.

Menurut beliau, dalam usaha untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat, gerakan di organisasi penerangan empat peringkat di bahagian dan cawangan adalah amat penting supaya UMNO terus dilihat sebagai parti yang sebenarnya membela rakyat di negara ini.

“Oleh itu, saya minta jentera penerangan UMNO disemua peringkat mesti digerakkan dan diaktifkan.

“Apabila jentera penerangan mula bergerak di peringkat akar umbi,  saya percaya segala agenda atau program parti dapat dihebahkan dengan baik dan sempurna kepada ahli dan juga rakyat di sekitar kawasan itu”, katanya yang melakukan sesi pertemuan dan penerangan bersama seluruh jentera penerangan UMNO Sabah di sini.

Apa yang penting jelas beliau, sudah tentu jentera penerangan dapat membuat penjelasan serta menjawab isu-isu semasa yang melanda negara diketika ini.

“Saya yakin bahawa rakyat diluar sana dahagakan maklumat dan berita yang benar serta tepat dan UMNO perlu sentiasa menyediakan maklumat tepat kepada  rakyat sebagai pengimbang agar mereka tidak hanya memperolehi maklumat daripada pihak kerajaan semata-mata,” ujarnya.

Beliau seterusnya berharap agar jentera penerangan UMNO di peringkat akar umbi bersedia menempuh sebarang cabaran politik yang mendatang serta bijaksana dalam pendekatan menyampaikan informasi melalui apa saja platfom yang mampu.

“Saya juga harap jentera penerangan faham dan sedar apa cabaran yang berada akan kita tempuhi. Jadi dengan cabaran dan situasi politik yang serba baru sekarang ini, jentera penerangan mesti gunakan pendekatan bijaksana serta tersendiri dalam melaksanakan aktiviti penerangannya.

“Ketika ini kita sedar tentang kegelisahan rakyat mengenai pelbagai perkara akibat beberapa polisi dan tindakan terbaru Kerajaan PH, termasulah SST, isu kedaulatan undang-undang soal pendidikan, isu agama dan sebagainya.

“Apa yang berlaku hari ini telah menimbulkan kegelisahan rakyat”, katanya.

Justeru tegas beliau UMNO mestilah terkehadapan dalam memberikan informasi kepada rakyat serta menjadi suara rakyat dalam mengkritik dan membantah segala dasar dan polisi kerajaan yang tidak memihak kepada rakyat di negara ini. menjuarai semua isu ini.

Setakat ini, jentera Jabatan Penerangan UMNO Malaysia telah pun menyusun program penerangan dan telah bergerak ke beberapa buah negeri termasuk di Sabah.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.