Diskusi U3.0 Ketengah Tajuk ‘Pertahankan The Rule Of Law’ Untuk ‘Live’ Malam Ini
KUALA LUMPUR, 6 Sept – Sejak kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat, hal berkaitan ‘Rule of Law’ atau keluhuran undang-undang begitu sibuk diperkatakan apatah lagi setelah mahkamah membebas dan melepaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang melengkapkan siri pengguguran kes-kes pimpinan PH termasuklah YB Hassan Karim MP Pasir Gudang, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai.
Sehubungan itu, Diskusi U3.0 malam ini akan mengupas tajuk ‘Pertahankan The Rule Of Law’ yang akan mengetengahkan pensyarah undang-undang, Dr Shamser Singh Thind berpasangan dengan pengamal undang-undang, Adzly Abd Manas dan moderatornya Adnan Seman yang juga seorang peguam.
Diskusi tersebut akan bersiaran secara langsung melalui laman facebook UMNO-Online yang membolehkan khalayak untuk turut sama berkomunikasi dengan memberikan
komen, idea atau pandangan melalui ruangan yang ada.
Justeru, pengguna media sosial dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut malam ini. – MediaUMNO