BR1M: Jaminan Guan Eng ‘Tak Boleh Pakai’


KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Rakyat diminta supaya tidak mempercayai jaminan dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menamatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurut Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, ini kerana banyak janji-janji yang diutarakan Guan Eng sebelum ini masih lagi tidak dilaksanakan sehingga kini.

“Sebelum pilihan raya, jaminan yang diberikan oleh Guan Eng ialah BR1M akan dinaikkan kepada RM2,000. Jadi bagi saya apa jaminan yang diberikan oleh Guan Eng ini satu pun kita tak boleh pakai.

“Dia kata nak hapuskan tol, nak hapuskan tol jambatan Pulau Pinang, dia cakap nak buat itu, buat ini, semua pun tidak ditunaikan. Jadi tiada sebab kenapa rakyat nak percaya,” katanya kepada BNPPortal.com, Khamis.

Tambah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi, ketua Guan Eng sendiri iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan mengenai pemansuhan BR1M sebelum ini.

Justeru itu beliau mempersoalkan atas justifikasi apa jaminan yang dibuat oleh Guan Eng itu.

“’Kepala’ dia, Tun Dr Mahathir telah umumkan jumlah penerima BR1M akan dikurangkan, jumlah nilai BR1M akan dikurangkan sebelum ianya dihapuskan sama sekali.

“Apa jaminan yang boleh kita pakai dengan apa yang dijanjikan oleh Guan Eng,” katanya.

Guan Eng dalam satu ceramah malam tadi memberikan jaminannya bahawa kerajaan PH tidak akan menamatkan BR1M.

Bagaimanapun, katanya, bantuan tersebut akan ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) dan diberikan kepada mereka yang berkelayakan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.