Lokman Teruskan Gerak Kerja Dekati Pengundi Setempat

KLANG, 24 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Datuk Lokman Adam meneruskan kempen turun padang dengan beramah mesra bersama para penduduk di Kampung Jalan Kebun hari ini.

Beliau meneruskan berkempen yang baru bermula empat hari dengan berbaki 10 hari lagi menjelang PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Beliau dan juga anggota jentera BN akan cuba berjumpa dengan seramai mungkin pengundi di sini bagi memastikan misi menawan DUN Sungai Kandis menjadi realiti dan menyampaikan info berkaitan isu semasa secara terus kepada penduduk.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Lokman dengan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon bebas K. Murthy. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.