BN Letak Calon Tepat Untuk PRK DUN Sg Kandis – Shamsul Anuar

SHAH ALAM, 20 Julai – Barisan Nasional (BN) meletakkan calon yang tepat dan patut dipilih oleh pengundi di N49 Sungai Kandis iaitu Datuk Lokman Noor Adam, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Sebagai pejuang kepada isu dan masalah rakyat, Lokman mampu berperanan dan beliau boleh membawa, memperjuang serta mempertahankan isu- isu melibatkan kepentingan rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor nanti,” katanya dalam mengulas pemilihan Lokman sebagai calon BN.

Katanya, BN berharap rakyat di kawasan ini memilih beliau.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 yang mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik dengan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan pada usia 18 tahun selain pejuang keadilan dan hak asasi dengan mengepalai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Dr Mahathir. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.