BN Berpolitik Secara Matang, Terima Keputusan Komponen Sarawak – Wanita BN

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Barisan Nasional (BN) secara matang dan menerima secara terbuka keputusan empat parti komponen di Sarawak keluar daripada B, kata Penolong Setiausaha Wanita BN Datuk Dr Noraini Ahmad.

Sehubungan itu, katanya, Wanita BN meminta pucuk kepimpinan parti berkenaan untuk membincang kaedah terbaik agar dapat menjaga dan membela kepentingan rakyat di dalam Dewan Rakyat pada masa akan dating kerana tentunya ia akan memberi kesan kepada parti tersebut secara keseluruhan dan kedudukannya sebagai pembangkang di Dewan Rakyat.

“Kita perlu berpolitik secara matang dan menerima secara terbuka keputusan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu. Namun kita berasa sedih kerana ia juga akan memberi kesan kepada kedudukan BN di Dewan Rakyat selepas ini, apa lagi GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) ,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini sebulat suara mengumumkan keluar daripada BN dan akan mewujudkan GPS.

Noraini berkata walaupun pahit dan rasa dipinggirkan dalam keadaan yang sukar ketika ini, Barisan Nasional akan terus mencari kekuatan untuk bangkit semula.

Katanya beliau percaya keadaan tersebut tidak akan mematahkan semangat ahli-ahli UMNO dan menyeru semua mereka supaya turut menerima secara baik keputusan Sarawak itu.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.