UMNO Perlu Tawar Agenda Baharu Demi Kestabilan Dan Kemakmuran Rakyat – Mahadhir

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman menegaskan bahawa UMNO perlu tampil dengan tawaran baharu yang benar-benar meyakinkan rakyat, seiring dengan usaha memperkukuh parti yang kini disepakati oleh semua peringkat kepimpinan. Menurut beliau, walaupun usaha pemerkasaan parti sedang giat dijalankan, namun keutamaan sebenar yang perlu diberikan perhatian adalah keperluan dan harapan rakyat terhadap kestabilan politik […]

» Read more

Berani Aplikasi Teknologi, Aktifkan Media Sosial Demi Perjuangan UMNO – Abdul Rahman

LIPIS, 30 Jun – Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menegaskan bahawa UMNO mesti berani berubah dengan mengadaptasi teknologi terkini sebagai senjata utama dalam menghadapi cabaran politik masa kini. Berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis pada Sabtu, beliau menggesa semua ahli dan jentera parti agar segera mengaktifkan platform media sosial masing-masing […]

» Read more

Dari Kekalahan Ke Kebangkitan, UMNO Kembali Ke Hati Rakyat Labuan

LABUAN, 30 Jun – UMNO Labuan terus menunjukkan kebangkitan selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), apabila Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan 2025 semalam berlangsung dengan penuh semangat dan sokongan luar biasa daripada akar umbi parti. Ketua UMNO Bahagian Labuan merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan melahirkan penghargaan atas kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan […]

» Read more

Jangan Terbawa-Bawa Nostalgia… Peka Landskap Politik

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengingatkan ahli dan akar umbi untuk tidak terbawa-bawa dengan nostalgia dan lebih peka terhadap perubahan landskap politik. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menzahirkan kesyukuran apabila Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa telah selesai dijalankan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, semalam. “Alhamdulillah, selesai Mesyuarat […]

» Read more

‘Persefahaman Akar Umbi Kunci Perkasa Parti’ – Mohamad

LEDANG, 30 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru akar umbi untuk terus memperkukuh solidariti sebagai pendukung parti. Beliau yang juga Menteri Luar berkata ia merupakan elemen utama untuk memastikan gerak kerja parti dilaksanakan sebaiknya terutama dalam menghadapi pilihan raya. “Saya selalu cakap perkasakan parti, kerana ia tak perlu formula yang besar. “Formulanya adalah supaya persefahaman dan […]

» Read more

Hasmuni Seru Akar Umbi Berpegang Kepada Asas Perjuangan Parti

PASIR MAS, 29 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Hasmuni Hassan mengajak semua ahli dan akar umbi untuk kembali kepada asas perjuangan parti demi agama, bangsa serta tanah air. Katanya, UMNO diasaskan bukan untuk kuasa semata-mata, tetapi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara. Jelasnya, kekuatan sebenar sesebuah parti bukan terletak kepada jumlah keahlian tetapi keupayaan untuk berpadu […]

» Read more

Depani PRN Johor: Pemuda UMNO Mula Persiap Jentera Di Peringkat Bahagian – Noor Azleen

KLUANG, 28 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mengambil langkah awal dengan mempersiapkan jentera sayap tersebut untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir tidak lama lagi. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, PRN Johor yang dijangka akan berlangsung seawal tahun 2026 itu memerlukan mereka memberikan tumpuan kepada gerak kerja untuk menambat minda dan hati para pengundi khususnya golongan […]

» Read more

Usul Hishammuddin: Ahmad Zahid Serah Kepada Biro Politik, MT UMNO Buat Keputusan

PETALING JAYA, 26 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Biro Politik dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membuat keputusan berhubung usul penarikan semula penggantungan keahlian bekas Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ahmad Zahid berkata MT UMNO boleh membincangkan usul berkenaan meskipun individu terbabit tidak mengemukakan sebarang surat rayuan atau permohonan maaf. “Lazimnya, […]

» Read more

Ahmad Zahid Sertai Istiadat Sambutan Rasmi Presiden Republik Kyrgyz Ke Malaysia

PUTRAJAYA, 25 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Kyrgyz, TYT Sadyr Zhaparov ke Malaysia yang berlangsung di Dataran Perdana Putra. Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Presiden Zhaparov ke Malaysia sejak dilantik pada Januari 2021 dan menjadi tanda balas kepada lawatan Perdana Menteri ke […]

» Read more
1 96 97 98 99 100 413