Pengerusi AMM Mohamad Tegaskan Sokongan Terhadap Agenda Hak Asasi ASEAN

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan semula kepentingan memperkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN sebagai sebahagian daripada usaha integrasi serantau yang lebih luas. Dalam satu kenyataan, Mohamad berkata promosi dan perlindungan hak asasi manusia kekal menjadi elemen penting dalam pembinaan Komuniti ASEAN, dengan menekankan bahawa usaha itu perlu diterajui ASEAN dan dimiliki oleh ASEAN. […]

» Read more

Sabah Antara Negeri Rumah Termahal, Rakyat Perlukan Rumah Mampu Milik – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 8 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyuarakan kebimbangan terhadap harga rumah yang semakin tidak mampu milik di negeri Sabah, menjadikannya antara negeri yang mencatatkan harga rumah tertinggi di Malaysia. Menurut beliau, jumlah rumah mampu milik yang tersedia di negeri itu masih terlalu sedikit, sekali gus menjejaskan impian ramai rakyat Sabah terutamanya kakitangan kerajaan […]

» Read more

Hilang Kepercayaan Jadi Asbab 231 Ahli PPBM Sertai UMNO – Mohammad Daud

LARUT, 8 Julai – Tindakan 231 ahli PPBM menyertai UMNO menunjukkan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap parti tersebut, kata Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoff. Jelasnya, ia turut menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai kepercayaan terhadap UMNO dan mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan bagi membela agama, bangsa serta tanah air. “Nampak sangatlah… di sini merupakan kubu Timbalan […]

» Read more

Cukai & Rakyat Malaysia… Satu Realiti

BEBERAPA hari selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas sektor-sektor baharu bermula 1 julai 2025, ramai rakyat mula meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati. Walaupun pengumuman telah dibuat lebih awal, namun pelaksanaannya tetap menimbulkan keresahan. Ramai yang tertanya-tanya mengapa dalam keadaan ekonomi yang masih perlahan, kos sara hidup yang makin menghimpit, kerajaan memilih untuk mengenakan cukai tambahan […]

» Read more

PDRC Johor Pacu Solusi Kreatif Demi Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 7 Julai – Jawatankuasa Planning Design Review Community (PDRC) Kerajaan Negeri Johor terus memacu agenda perumahan rakyat dengan pendekatan lebih kreatif, inklusif dan lestari bagi memastikan penyediaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berjalan lancar dan memenuhi keperluan sebenar rakyat. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, mesyuarat PDRC hari ini yang dipengerusikannya […]

» Read more

Permohonan TVET Julai Cecah 189,304, Pemangkin Mobiliti Sosial Anak Desa – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 7 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa bangga apabila permohonan kemasukan ke institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi pengambilan Julai melonjak kepada 189,304 orang, satu angka yang jauh melepasi sasaran ditetapkan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, perkembangan ini jelas membuktikan keyakinan yang semakin tinggi terhadap laluan TVET sebagai […]

» Read more

Generasi Muda Wajib Pertahan Legasi Perjuangan UMNO Demi Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Bendahari UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menegaskan bahawa generasi muda hari ini memikul tanggungjawab besar untuk meneruskan legasi perjuangan yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu demi kedaulatan negara, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Sekolah Patriotik UMNO, iaitu sebuah pengkaderan anak bangsa untuk kesedaran politik dan kenegaraan […]

» Read more

Semangat UMNO Tangga Batu Membara, Sokongan Akar Umbi Teruskan Perjuangan

TANGGA BATU, 7 Julai – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu bagi tahun 2025 berlangsung dengan penuh semangat apabila mencatatkan kehadiran hampir 98 peratus daripada keseluruhan 618 perwakilan. Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berkata, mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perdagangan dan Komuniti, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang turut menyampaikan amanat penting […]

» Read more

Kesatuan Dan Amanah Tunjang Kekuatan UMNO – Norshida

SEGAMAT, 7 Julai – Dalam landskap politik Malaysia yang semakin mencabar, Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshidah Ibrahim, menegaskan bahawa kesetiaan dan amanah merupakan dua nilai asas yang perlu terus dipelihara oleh setiap ahli parti bagi memastikan kelangsungan dan kekuatan UMNO. Mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau menyatakan bahawa nilai-nilai ini menjadi kekuatan utama […]

» Read more
1 94 95 96 97 98 413