BN Pensiangan Teguh Di Kawasan “Tetap BN”, Jentera Siap Siaga Hadapi PRN

PENSIANGAN, 24 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak menegaskan bahawa anggota parti selaku jentera Barisan Nasional (BN) kawasan terbabit sentiasa komited memperjuangkan aspirasi rakyat dan mempertahankan perjuangannya di kawasan “Tetap BN”. Beliau berkata, walaupun kawasan itu pernah ‘dipinjamkan’ seketika kepada pihak lawan, namun rakyat mahukan BN kembali dan kesetiaan bersama tidak pernah luntur. Menurut beliau, jentera BN Pensiangan […]

» Read more

UMNO Bukan Alat Politik, Terus Jadi Suara Rakyat – Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, 24 Jun – UMNO bukan hanya alat politik semasa pilihan raya tetapi ia adalah wadah perjuangan rakyat yang harus kekal relevan dan berfungsi sepanjang masa, termasuk di kawasan bandar dan juga luar bandar. Demikian tegas Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu pada Ahad. Beliau menyatakan walaupun UMNO tidak bertanding […]

» Read more

Malaysia Seru Perpaduan Negara Anggota OIC Di Tengah-Tengah Ketegangan Memuncak di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Malaysia menggunakan pentas global pada Sesi ke-51 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang baru berakhir di Istanbul untuk menyeru perpaduan dalam kalangan negara anggota dalam menangani cabaran yang dihadapi dunia Islam, khususnya isu Palestin dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat. Dalam menyampaikan kenyataan negara, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengecam […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Terus Prihatin, Rakyat Perlukan Pembelaan Menyeluruh

LAHAD DATU, 23 Jun – Rakyat di Kampung Tampenau, Silam terus menyuarakan harapan dan keperluan mendesak agar kehidupan mereka diberi perhatian sewajarnya lantaran masih dihimpit dengan pelbagai masalah asas iaitu air bersih, jalan yang rosak teruk dan bekalan elektrik yang tidak stabil. Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyuarakan keprihatinan dan simpati terhadap nasib masyarakat di sini […]

» Read more

Payung Besar: Sampai Bila Orang Melayu Nak Berpecah? – Mohd Sharkar

ISKANDAR PUTERI, 23 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menubuhkan Sekretariat Orang Melayu kononnya dengan tujuan untuk menyatukan bangsa. Ujarnya, orang Melayu kini dilihat semakin berpecah dek kerana tertubuhnya banyak parti Melayu yang diasaskan dengan dendam dan perasaan tidak puas hati kepada parti […]

» Read more

Dinamika Pemikiran Anak Muda Penentu Masa Depan UMNO

GERIK, 23 Jun – UMNO perlu menerima hakikat generasi muda kini tidak lagi boleh dibuai dengan nostalgia mengenai jasa parti dalam memerdekakan seterusnya membina, membangunkan dan memajukan negara. Ujar Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dinamika pemikiran anak muda yang mendapat nikmat kemajuan dan pendidikan secukupnya serta semakin kritis menjadi penentu kelangsungan masa […]

» Read more

UMNO Sabah Gesa Pemimpin Negeri Henti Main Sentimen, Fokus Bekerja

PUTATAN, 23 Jun – UMNO Sabah menggesa semua pemimpin negeri agar berhenti menabur keraguan terhadap Kerajaan Persekutuan dan sebaliknya mula memberi fokus sepenuhnya kepada usaha membantu rakyat yang kini berdepan tekanan ekonomi menjelang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Julai ini. Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata, kenyataan Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang menuduh Kerajaan Persekutuan […]

» Read more

Malaysia Seru Kerjasama ASEAN-OIC Tangani Krisis Myanmar

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menyeru agar kerjasama lebih erat antara ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ditingkatkan bagi menangani situasi di Myanmar yang semakin meruncing, dengan tumpuan untuk menamatkan keganasan, mengurangkan krisis kemanusiaan dan menyokong keamanan jangka panjang di negara itu. Dalam kenyataan pada Mesyuarat Kumpulan Perhubungan OIC mengenai Muslim Rohingya Myanmar di Istanbul, Turkiye […]

» Read more

Jangan Berpecah, Kekal Kukuh Bersama Rakyat – Dr Akmal

LIPIS, 22 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menasihati ahli parti agar jangan berpecah belah meskipun parti berdepan cabaran besar dengan jumlah kerusi yang semakin berkurangan. Menurut beliau, kekuatan dan perpaduan akar umbi adalah kunci utama untuk kembali meraih kemenangan, khususnya di negeri Pahang. “UMNO jangan berpecah belah walaupun tinggal 26 kerusi Parlimen dan […]

» Read more
1 97 98 99 100 101 413