Anak Muda Ranau Pilih BN, Yakin Masa Depan Terjamin

RANAU, 8 Nov – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di kawasan Ranau, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, semakin jelas apabila kumpulan anak muda setempat menyatakan keyakinan bahawa hanya BN mampu menjamin masa depan mereka serta membawa pembangunan berterusan di kawasan itu. Dalam satu pertemuan anjuran Pergerakan Pemuda BN Ranau yang diketuai oleh Md Nadzmin Kamin, seramai 20 […]

» Read more

Pergolakan Dalaman PPBM Cerminan Kegagalan, UMNO Terus Kukuh – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman menyifatkan pergolakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai bukti kelemahan kepimpinan parti itu yang semakin hilang arah serta gagal mengekalkan perpaduan. Menurutnya, perkembangan terkini melibatkan pemecatan, penggantungan, dan budaya tuduh-menuduh dalam kalangan ahli PPBM menunjukkan parti itu berada dalam keadaan tidak stabil, sehingga menjadi tontonan […]

» Read more

Ukhuwah Diperkukuh Hadapi PRN Sabah – Mohamad Hasan

KIMANIS, 8 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, menegaskan bahawa kekuatan ukhuwah dan perpaduan antara ahli serta masyarakat setempat perlu terus diperkukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama penduduk sekitar PDM Kampung Brunei, yang diadakan di perkarangan kediaman Saudara Abdul Rahim Jalani, Ketua […]

» Read more

Tindakan Tolak Belanjawan 2026 Bukti Pembangkang Tidak Utamakan Rakyat – Jasnizam Husni

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Muhamad Jasnizam Muhamad Husni mengecam tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menolak Belanjawan 2026 dan memperlihatkan satu tindakan yang dianggap kurang profesional serta tidak berlandaskan semangat demokrasi yang matang. Jelas beliau, belanjawan wajar dinilai secara objektif dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara, bukannya dijadikan medan politik untuk mendapatkan […]

» Read more

PPBM Hilang Arah Tiada Hala Tuju, UMNO Terus Kukuh Di Akar Umbi – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menegaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini semakin kehilangan momentum politik serta gagal menunjukkan arah tuju yang jelas kepada penyokong dan rakyat. Menurutnya, keadaan itu semakin ketara apabila beberapa tokoh utama parti tersebut dilihat tidak lagi memainkan peranan, malah ada yang telah meninggalkan parti berkenaan. “PPBM […]

» Read more

Cukai MBAS: Rakyat Bukan Mesin Wang Untuk Tampung Kelemahan Pentadbiran

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Pengarah Komunikasi UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menegaskan bahawa rakyat bukanlah mesin wang yang boleh digunakan untuk menampung kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Ini kerana katanya, kenaikan cukai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dilihat memberi kesan dan dilihat menindas rakyat. “Saya nak tanya Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi […]

» Read more

KDN, PDRM Komited Wujudkan IPD Baharu Lebih Kondusif di Matu Daro – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti keperluan pembinaan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro di Parlimen Igan bagi menggantikan bangunan sedia ada yang telah beroperasi sejak tahun 1992 dan tidak lagi mampu menampung keperluan semasa. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, projek pembinaan semula IPD Matu Daro telah […]

» Read more

Ahmad Maslan Sindir Pembangkang Minta Bermacam-Macam Tapi Tidak Sokong Belanjawan

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan hari ini menyindir sikap wakil rakyat pembangkang yang meminta pelbagai peruntukan pembangunan di kawasan mereka, namun tidak menyokong Belanjawan 2026. Beliau memberikan reaksi itu kepada soalan tambahan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) mengenai perancangan kementerian menaik taraf jalan termasuk cadangan penyambungan lebuh raya dari Senai-Desaru ke Mersing […]

» Read more

Jualan Kasih KEDA MADANI Terima Sambutan Menggalakkan, Ringankan Beban Rakyat

PADANG TERAP, 5 Nov – Pengerusi KEDA, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan kesyukuran susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada Program Jualan Kasih KEDA MADANI yang diadakan baru-baru ini. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah berkata ini kerana program anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu merekodkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM523,800 […]

» Read more

Harga Tiket Penerbangan Ke Sabah, Kesesakan Jalan Di Johor Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Harga tiket penerbangan ke Sabah pada musim perayaan dan isu jalan utama di Johor yang semakin sesak, antara perkara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) bertanyakan Menteri Pengangkutan berhubung purata kos tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sandakan dan […]

» Read more
1 72 73 74 75 76 413