Semak Dan Imbang… PRK DUN Balakong

HULU LANGAT, 18 Ogos — Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberikan ucapan pembakar semangat kepada jentera MCA sebelum berarak menuju ke tempat penamaan calon di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat pagi tadi. Turut kelihatan calon MCA bertanding di PRK DUN Balakong, Tan Chee Teong. Foto:MediaUMNO

» Read more

Sesi Penggulungan Dewan Rakyat Uji Keupayaan, Jawapan Lebih Kepada Kaji dan Semak

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat menyaksikan hampir kesemua menteri dan timbalan menteri baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi ‘ujian tahap keupayaan’ menjawab isu-isu yang dibangkitkan anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. Sebanyak 20 daripada 25 kementerian selesai melakukan penggulungan dengan menjawab isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong […]

» Read more

Membuat Semakan Kit Peralatan Pusat Mengundi

SHAH ALAM, 3 Ogos — Sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk membuat semakan kit peralatan pusat mengundi dan peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini. PRK DUN Sungai Kandis yang bakal berlangsung esok, menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Zawawi Ahmad […]

» Read more

PRK Sungai Kandis: SPR Nasihat Pengundi Semak Awal Maklumat Daftar pemilih

PUTRAJAYA, 30 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor supaya menyemak maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengudian Sabtu ini. Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, semakan awal memudahkan para pengundi merancang perjalanan serta mengelakkan berlaku kesesakan di pusat mengundi khususnya di […]

» Read more

DEB Harus Disemak Semula Bagi Cerminkan Situasi Semasa – Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) harus disemak semula bagi memastikan dasar berkenaan kekal relevan dengan situasi ekonomi semasa. “Semakan semula itu cadangan yang bagus. Apa juga polisi perlu disemak semula. Tidak ada yang abadi. Setiap sesuatu itu akan berubah dan kita perlu berubah mengikut peredaran masa,” kata Anggota Parlimen Gua […]

» Read more

Genap Dua Bulan… Semak 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan

Hari ini genap 2 bulan sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran kerajaan. Bermakna kurang 40 hari untuk mereka menunaikan 10 janji 100 hari mereka. Semakan terhadap janji tersebut adalah seperti ini: *1) Menghapuskan  GST  dan  mengurangkan  kos  sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.* Belum ditunaikan! GST belum dihapuskan, hanya dikadar sifarkan. Dijangka akan ada pembentangan memansuh akta GST pada […]

» Read more

BN Mainkan Peranan Wibawa Semak Dan Imbang Kerajaan PH – Khairy

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama dengan memisahkan tugas antara parti dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen. Menurut beliau antara cadangan terbabit ialah Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen malah, Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula parti […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Perkukuh Gerak Kerja Organisasi Hadapi Cabaran Politik Mendatang

KOTA KINABALU, 17 Jun – Wanita UMNO Sabah terus memperkukuhkan gerak kerja organisasi dan kesiapsiagaan jentera bagi memastikan parti kekal dekat dengan rakyat serta mampu menyampaikan aspirasi perjuangan secara lebih berkesan menjelang pilihan raya akan datang. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua Wanita UMNO Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, fokus tersebut menjadi antara agenda utama yang dibincangkan […]

» Read more

PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaakob, berpandangan bahawa masa depan Negeri Johor tidak seharusnya dipertaruhkan memandangkan negeri tersebut kini sedang berada di landasan yang betul. Ujarnya, rakyat wajar menilai berdasarkan rekod dan pencapaian, bukan persepsi yang dibentuk oleh pihak lawan ketika musim pilihan raya. “Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin menghampiri, pelbagai naratif […]

» Read more

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop

KALABAKAN, 16 Jun – Pendidikan merupakan jalan terbaik untuk mengubah masa depan seseorang, keluarga dan masyarakat, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Samasuddin Yusop ketika menyampaikan sumbangan pendidikan kepada anak-anak muda yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), hari ini. Beliau berkata, dalam dunia yang semakin mencabar dan kompetitif, ilmu pengetahuan menjadi kunci utama untuk membuka peluang […]

» Read more
1 23 24 25 26 27 412