Membuat Semakan Kit Peralatan Pusat Mengundi

SHAH ALAM, 3 Ogos — Sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk membuat semakan kit peralatan pusat mengundi dan peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini. PRK DUN Sungai Kandis yang bakal berlangsung esok, menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Zawawi Ahmad Mughni berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy.
–fotoBERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.