Azmawi Praktik Kempen ‘Anok-beranok’, Santuni Dan Selami Hati Pengundi

GUA MUSANG, 9 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani semakin giat menyantuni masyarakat setempat. Menurutnya, setiap hari akan bertemu pengundi-pengundi di kawasan DUN Nenggiri untuk merayu dan meminta sokongan dari mereka. “Saban hari menyantuni masyarakat di DUN Nenggiri terutamanya pengundi-pengundi dan merayu dan meminta undi […]

» Read more

Rusuhan Di UK: Rakyat Malaysia Perlu Sentiasa Waspada Jauhi Kawasan Protes – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom (UK) untuk sentiasa berwaspada dengan menjauhi kawasan protes dan mengikuti perkembangan terkini diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Beliau ketika dihubungi berkata warganegara yang berada di UK perlu untuk mendaftar kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London bagi memaklumkan keberadaan mereka bagi […]

» Read more

Awie, Calon BN Nenggiri Disayangi Dan Dikenali Rakyat – Rosni Zahari

GUA MUSANG, 8 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari, menyatakan keyakinan terhadap penerimaan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie. Jelas beliau, penerimaan pengundi di DUN Nenggiri terhadap calon BN semakin hari  sangat positif. “Saya lihat penerimaan pengundi-pengundi di DUN Nenggiri ini […]

» Read more

Noraini Percaya Ramai Ahli Bersatu Akan Keluar Parti, Sokong BN

GUA MUSANG, 8 Ogos – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad percaya ramai lagi ahli parti Bersatu akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat. Menurut beliau, terdapat tanda-tanda jelas bahawa kepercayaan ahli-ahli Bersatu terhadap kepimpinan parti mereka semakin luntur. “Saya percaya akan ada lagi yang akan membuat keputusan sama iaitu untuk keluar parti Bersatu seperti yang telah dilakukan oleh […]

» Read more

UMNO Masih Relevan, Kuat Kerana Sokongan Akar Umbi – Mohd Jafni

KULAI, 6 Ogos – Ahli-ahli UMNO di akar umbi adalah kekuatan yang menjadikan parti terus relevan lantas menjadi harapan kepada bangsa bagi mendepani pelbagai cabaran pada masa hadapan. Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan bahawa gerak kerja pada hari ini adalah berhadapan cabaran iaitu mendepani kepada isu termasuk fitnah, persepsi yang buruk kepada parti atau kepada […]

» Read more

PRK Nenggiri: Konsep ‘Anak Beranak’ dan Kempen Kekeluargaan – Asyraf Wajdi

GUA MUSANG, 5 Ogos – Kembalinya ahli-ahli Bersatu memberikan suntikan semangat baru kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menurutnya, perubahan ini dipercayai berlaku apabila UMNO/BN mengambil pendekatan yang lebih mesra dan inklusif dalam mendekati ahli-ahli yang telah meninggalkan mereka. […]

» Read more

PRK Nenggiri: Pilihan Terbaik Untuk Perubahan Positif – Azmawi Fikri

GUA MUSANG, 4 Ogos – Dalam suasana politik yang semakin kompetitif, setiap calon memiliki kelebihan dan kekuatan masing-masing dalam usaha menawan hati pengundi, kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. Menurut beliau kombinasi pelbagai pihak termasuklah bersama jentera kempen dan sebagainya diharap dapat membantu kemenangan BN kelak. Jelasnya, paling penting meyakinkan pengundi […]

» Read more

Perkukuh Integriti, UMNO Tidak Boleh Ada ‘Gunting Dalam Lipatan’ – Suhaimi

SANDAKAN, 1 Ogos – Ahli UMNO khususnya di Bahagian Libaran diingatkan supaya terus memperkukuh integriti dan jangan jadi gunting dalam lipatan yang cenderung untuk mengkhianati parti. Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, parti bukan sahaja berhadapan serangan dari luar yang boleh dikenal pasti musuh namun perbuatan ahli parti seperti gunting dalam lipatan dan baling batu sembunyi tangan amat […]

» Read more

PADU Wajar Dimanfaatkan Bantu Rakyat Yang Layak Terima Bantuan – Azhar

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Cakna dengan nasib rakyat yang kurang bernasib baik mendorong Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad untuk bertanya kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkenaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Menurut beliau, PADU ini penting bagi memastikan rakyat yang berkelayakan mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan. “PADU telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Januari lalu mendapat […]

» Read more

PRK Nenggiri: Peluang UMNO/BN Kembalikan Maruah Dan Sokongan Rakyat – Saifullah Ali

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menjadi medan yang cukup penting bagi UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan maruah parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Saifullah Ali. Jelas beliau, kepentingan PRK DUN Nenggiri tidak boleh dipandang enteng dan akan menjadi penanda aras penting bagi […]

» Read more
1 145 146 147 148 149 414