Jangan Sekadar Main Wayang, PN Dicabar Buat Kenyataan Sokong Pengampunan Penuh Untuk Najib – Ghulam

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perikatan Nasional (PN) dicabar untuk melakukan kenyataan menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diberikan pengampunan penuh, kata Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim. Respon tersebut dinyatakan Ghulam kerana kehadiran mereka di Istana Kehakiman pada Isnin lalu kononnya untuk bersolidiriti kepada Najib namun menurutnya lebih dilihat sebagai wayang politik. […]

» Read more

MBM Mahu TVET Jadi Salah Satu Fokus Utama Dalam Agenda Pembangunan Belia – Azman Azeez

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez, berkata usaha memperluaskan kesedaran mengenai potensi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diaplikasi sebagai laluan kerjaya yang kompetitif dan mampu menjamin masa depan belia. Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menekankan pentingnya kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan dalam […]

» Read more

UMNO Telah Berjuang Bersungguh-Sungguh Demi Keadilan Najib – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Jan – UMNO telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keadilan terhadap bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak. Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, afidavit yang telah difailkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut memperlihatkan […]

» Read more

Jangan Timbulkan Spekulasi Elak Subjudis, Serahkan Kepada Mahkamah – Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap rakyat terutama ahli parti untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), berkata ini kerana ia dibimbangi menimbulkan subjudis. “Kalau Mahkamah Rayuan sudah buat keputusan bahawa perlulah Mahkamah Tinggi […]

» Read more

UMNO Akan Terus Mohon Ihsan Pengampunan Penuh Najib – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu akan terus memohon ihsan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Pada masa […]

» Read more

Jangan Mudah Terpesona Helah Politik Pas, Suka Potong ‘Tang Kona’ – Dr Azhar

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berharap ahli UMNO dan rakyat untuk tidak mudah terpedaya dan terpesona dengan tindak-tanduk Pas yang seakan menyokong perjuangan untuk memberikan keadilan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata ini kerana Pas sengaja mahu menunggang isu adendum Najib demi kepentingan politik mereka, sedangkan ketika Najib […]

» Read more

Kes Najib: Syukur Atas Keputusan Mahkamah, Kebenaran Akan Terserlah – Fakhruddin

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menzahirkan rasa syukur atas perkembangan terkini dalam kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Menurut beliau, keputusan 2-1 daripada tiga panel hakim yang membenarkan titah adendum memberikan harapan baharu kepada Najib dan para pendukung UMNO. “Alhamdulillah keputusan ini memihak kepada bekas Perdana […]

» Read more

Hubungan Antarabangsa: Mohamed Khaled Tegaskan Pendirian Malaysia Kekal Neutral

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa pendirian Malaysia kekal neutral dalam hubungan antarabangsa. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa pelbagai perkara telah dikupas sepanjang Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 pada Khamis. “Menjadi salah seorang panelis semasa FEM 2025. Topik perbincangan adalah berkenaan ‘ASEAN Dynamism: Capitalising […]

» Read more

Keputusan YDPA Perlu Dijunjung, Keadilan Najib Jangan Dipersoalkan – Haryaty Hamdzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Exco Wanita UMNO, Datuk Haryaty Hamdzah percaya bahawa Titah Adendum yang diberikan oleh Yang di Pertuan Aguang (YDPA) benar-benar wujud untuk membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mendapat pengampunan dan tahanan di rumah. Menurut beliau, isu ini perlu dijelaskan dengan telus demi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan rakyat berhak mengetahui kebenaran adendum […]

» Read more

Titah Adendum: Jangan Ada Pihak Cuba Putar Belit Fakta, ‘Menumpang’ Usaha UMNO – Azhar

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Azhar Zainal Abidin mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak memutarbelitkan fakta dan cuba ‘menumpang’ usaha dibuat UMNO bagi membela mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tegasnya, keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin telah membuktikan bahawa afidavit yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Naib Presiden […]

» Read more
1 121 122 123 124 125 414