Syukur Keputusan Mahkamah, Semoga Keadilan Diperoleh Najib – Jailani

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari meluahkan kesyukuran atas keputusan dicapai pada Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki penjara menerusi tahanan rumah. Jailani malah berkata, sokongan padu UMNO kepada bekas Perdana Menteri […]

» Read more

Nazifuddin Hargai Sokongan Moral Rakyat, Ahli UMNO Untuk Beri Keadilan Kepada Najib

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ketua Bahagian UMNO Langkawi, Datuk Nazifuddin Najib merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO yang memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga pada semalam. Beliau berkata ia memberikan manifestasi tersendiri dalam mengangkat keadilan kepada bekas Presiden dan Perdana Menteri itu. “Kepada para pemimpin dan ahli parti politik yang dihormati, tidak ketinggalan […]

» Read more

Kemenangan Untuk Keadilan, Titah Adendum Kini Terbukti Sahih – Norliza

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menyifatkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin merupakan kemenangan pertama kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini kerana katanya, titah adendum dan afidavit yang dikatakan ‘hearsay’ sebelum ini akhirnya terbukti sahih. “Alhamdulillah, kemenangan pertama buat Datuk Seri Najib hari ini dalam kes Addendum […]

» Read more

Titah Adendum: UMNO Junjung Tinggi Kedaulatan Undang-Undang, Hormat Proses Kehakiman – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Jan – UMNO terus komited dalam menjunjung tinggi prinsip kedaulatan undang-undang dan menghormati proses kehakiman negara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Ini kerana katanya, beliau bersyukur atas keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding kehakiman berhubung Titah Adendum. “Alhamdulillah, sebagai ahli MKT UMNO […]

» Read more

Kes Najib: UMNO Junjung Kedaulatan Undang-Undang, Teruskan Berjuang Untuk Keadilan – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 6 Jan – UMNO sentiasa menjunjung tinggi prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan serta menghormati proses kehakiman negara dan institusi di-Raja yang menjadi tonggak kestabilan negara. Ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata keputusan Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kewujudan Titah […]

» Read more

Titah Adendum: Perjuangan Ahmad Zahid Membela Sahabat Sejatinya – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menyifatkan perjuangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam membela nasib sahabat sejatinya, Datuk Seri Najib Razak telah berjaya. Ini kerana katanya, Ahmad Zahid telah memperjudikan nasib politiknya apabila bertindak menyaman kerajaan dengan afidavit sokongan. “Sebentar tadi di Mahkamah Rayuan, Peguambela Datuk Seri Najib […]

» Read more

Isu Najib: UMNO Pahang Sambut Baik Keputusan Mahkamah Rayuan, Seru Ahli Terus Bersatu Hati

KUANTAN, 6 Jan – Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang melahirkan rasa syukur dan menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datuk Seri Mohd Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman mengenai kesahihan kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 untuk beliau menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi tahanan di rumah. Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dalam kenyataannya, beliau menjunjung kasih kepada […]

» Read more

Tanggung Risiko Sendiri Jika Sertai Perhimpunan Di Putrajaya – Presiden UMNO

BANGI, 6 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, mana-mana ahli yang masih mahu menyertai perhimpunan tersebut, perlu menanggung sendiri sebarang risiko yang akan dihadapi. “Kalau (ada) individu (yang hadir ke perhimpunan solidariti itu), […]

» Read more

Pas Tangguk Air Keruh: Perjuangan Politik Atau Strategi Oportunis?

SEJAK bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, landskap politik negara telah menjadi semakin bergolak. Di tengah-tengah perbicaraan dan keputusan mahkamah yang membabitkan beliau, banyak pihak mula memanfaatkan ketegangan ini untuk keuntungan politik masing-masing. Salah satu parti yang sering kali dilihat menangguk di air keruh adalah Parti Islam Se-Malaysia (Pas), yang […]

» Read more

Depani PRU-16… UMNO/BN Perlu Terus Dampingi Rakyat, Sentiasa Bersama Masyarakat – Mohamad Fadil

KUALA LUMPUR, 3 Jan – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menggerakkan jentera untuk mendampingi rakyat dan masyarakat bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin berkata, gerak kerja awal perlu dilakukan dan momentum sokongan rakyat terhadap UMNO/BN harus dikekalkan. “Bagi saya untuk menghadapi PRU ke-16, kita semua perlu bersiap sedia dengan jentera […]

» Read more
1 123 124 125 126 127 414