Zahid Alu-Alukan Ketibaan Presiden Xi, Puji Keakraban Hubungan Malaysia-China

KUALA LUMPUR, 16 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan kedatangan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia sempena lawatan rasmi beliau, menyifatkannya sebagai bukti hubungan yang berkekalan dan semakin berkembang antara kedua-dua negara. Dalam ucapan yang dibacakan pada majlis pertukaran budaya bertajuk “China dan Malaysia: Berganding Bahu ke Arah Kemakmuran Bersama” di sini malam tadi, […]

» Read more

MARA Tubuh Dua Pasukan Khas Laksana Pelan Transformasi Menyeluruh – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 14 April – Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah kepimpinan Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, telah menubuhkan dua pasukan khas (Task Force) bagi melaksanakan Pelan Transformasi MARA secara menyeluruh. Ujar Dr Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO, pasukan pertama diketuai oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang juga merupakan Ahli Majlis MARA […]

» Read more

PRN17: BN Umum Kerjasama Dengan PH Sabah

KOTA KINABALU, 14 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya, di sini, malam tadi, beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata perkara itu dimuktamadkan pada pemukiman UMNO Sabah akhir tahun lalu. […]

» Read more

Johor Perketat Pemantauan Kerja Projek Berhampiran Laluan Paip Gas – Exco

KULAI, 13 April – Kerajaan Johor mengambil langkah pencegahan dengan memperketat pemantauan terhadap sebarang kerja melibatkan projek pembangunan atau perumahan, khususnya yang berhampiran jajaran laluan paip gas. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata terdapat dua kawasan laluan paip gas milik Petronas di negeri itu iaitu di Pasir Gudang dan Pengerang, melibatkan projek yang […]

» Read more

Dr Ustaz Yusri Bukan Nama Asing Di Ayer Kuning – Noraini

TAPAH, 13 April – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyifatkan pemilihan Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah tepat memandangkan beliau mempunyai kelebihan tersendiri sebagai pemimpin. Katanya pengalaman profesional dan politik ternyata membuatkan Dr Ustaz Yusri ini dikenali oleh penduduk sekitar. […]

» Read more

Bung Moktar Umum UMNO Sabah-PH Bergabung Hadapi PRN17

KOTA KINABALU, 14 April – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, keputusan tersebut dimuktamadkan bagi menjawab persoalan banyak pihak berhubung dengan siapa UMNO Sabah akan bekerjasama dalam PRN kali ini. […]

» Read more

Pelantikan GGM Baharu SEDCO, UMNO Sabah Tuntut Penjelasan

KOTA KINABALU, 10 April – UMNO Sabah menyuarakan kebimbangan terhadap arah tuju Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) yang disifatkan semakin menyimpang daripada semangat asal penubuhannya ekoran pelantikan Datuk Ar. James Wong sebagai Pengurus Besar Kumpulan (GGM) baharunya. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, walaupun James Wong mempunyai latar belakang profesional dan pengalaman dalam pembangunan negeri, pelantikan tersebut telah […]

» Read more

Tarif Baharu Amerika Syarikat: Apa Maknanya Untuk Rakyat Malaysia?

Pengumuman Mengejut dari Washington Pada 3 April 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan dasar perdagangan baharu yang menyaksikan pengenaan tarif sebanyak 24% ke atas kebanyakan produk import dari Malaysia, berkuat kuasa mulai 9 April. Langkah ini merupakan sebahagian daripada kempen perdagangan yang lebih luas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), di mana tarif dikenakan terhadap negara-negara […]

» Read more

Bung Moktar Tinjau Mangsa Banjir Di Pangkalan Bukit Garam

KINABATANGAN, 7 April – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meluangkan masa meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pangkalan Bukit Garam, susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu. Dalam lawatan tersebut, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sempat meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar […]

» Read more

Perpaduan Erat Rakyat Malaysia Terus Kukuh – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ribuan pengunjung yang memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan menggambarkan eratnya perpaduan rakyat. Menurut beliau ditambah pula dengan kehadiran daripada pelbagai latar belakang memeriahkan lagi majlis sambutan berkenaan yang diadakan di negeri Melaka hari ini. “Hari ini, saya bersama  Perdana Menteri, Datuk Seri […]

» Read more
1 112 113 114 115 116 414