Sokongan Terus Kukuh, UMNO Putatan Terima Penubuhan Cawangan Baharu

KOTA KINABALU, 21 April – UMNO Bahagian Putatan terus menerima suntikan semangat baharu apabila satu lagi cawangan telah berjaya ditubuhkan di Bukit Vor, menandakan sokongan rakyat yang semakin kukuh terhadap perjuangan parti keramat ini. Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamad, menyatakan penghargaan beliau atas kemasukan ahli-ahli baharu serta penubuhan cawangan berkenaan. […]

» Read more

PRK: Pemuda UMNO Negeri Sembilan Terus Fokus Dekati Pengundi

TAPAH, 20 April – Pemuda UMNO Negeri Sembilan meluaskan gerak kerja kempen memasuki minggu kedua sempena Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin memaklumkan jentera dari negeri itu ditugaskan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Batu Tiga dan Kampung Batu Masjid melalui agihan tugasan bagi mendapatkan pengundi untuk menyampaikan aspirasi Barisan Nasional […]

» Read more

Tindakan Bekas Ketua Wanita UMNO Perak Sertai Pas Sudah Dijangka – Saarani

TAPAH, 20 April- Tindakan bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin menyertai parti Pas, tidak memberikan sebarang kesan kepada UMNO, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Menteri Besar Perak berkata, tindakan Wan Norashikin, yang juga bekas Ahi Dewan Undangan Neger (ADUN) Kampong Gajah berkenaan, sudah lama dijangka. “Kami sudah menjangkakannya sejak lama… jadi […]

» Read more

ADUN Pantai Manis Tegur Kelewatan Tangani Isu Rakyat Di Sabah, Masih Kritikal

KOTA KINABALU, 18 April —Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah menutup tirainya semalam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Mohd Tamin bin Zainal kembali membangkitkan semula beberapa isu kritikal yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat. Dalam ucapan perbahasannya, beliau melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan tindakan pihak berwajib dalam menangani isu keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan […]

» Read more

Tak Masuk Akal Silap Papar Bendera Malaysia, UMNO Bukit Bintang Desak Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR, 17 April — Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin menyifatkan sebagai tidak masuk akal apabila sebuah akhbar tempatan terlepas pandang melakukan kesilapan memaparkan bendera Malaysia yang tidak lengkap dalam penerbitan terkini mereka. Menurut beliau, alasan bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) adalah tidak boleh diterima sama sekali memandangkan proses […]

» Read more

Permudahkan, Jangan Rumitkan Kemasukan Ke Sidang DUN Sabah – Dr Anil

KUALA LUMPUR, 16 April – Bendahari Pemuda UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu melahirkan kekecewaan berhubung akses ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang menimbulkan kerumitan di kalangan rakyat. Bagi beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu, akses untuk rakyat mengikuti perjalanan sidang DUN negeri berkenaan seharusnya dipermudahkan mengikut prosedur keselamatan yang sewajarnya. “Saya ingin menarik perhatian pihak berkenaan […]

» Read more

PRK: Orang Muda Perlu Matang Nilai Trek Rekod Parti Terbaik – Nurul Amal

TAPAH, 16 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning khususnya wanita muda memanfaatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini untuk membuat keputusan bijak dengan mengundi Barisan Nasional (BN). Menurut beliau ini kerana, trek rekod BN dalam pentadbiran termasuk wakil-wakil rakyat melihatkan komitmen terbaik mengatasi parti-parti yang lain. “Kadang-kadang […]

» Read more

TVET: Sokong Usaha Kerajaan, Peluang Anak Muda Cipta Kerjaya Masa Depan – Mohd Zaidy

JEMPOL, 16 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyeru para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anak-anak muda di seluruh negara agar merebut peluang untuk memohon kemasukan ke program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), yang kini dibuka bagi Ambilan Perdana Julai 2025. Menurut beliau, TVET adalah antara usaha kerajaan melalui […]

» Read more

Sidang DUN Sabah: Suhaimi Tegur Kegagalan Projek, Seru Dengar Suara Rakyat

KOTA KINABALU, 16 April – Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyuarakan rasa kecewa dan kebimbangan rakyat terhadap beberapa isu yang masih belum diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Sabah sehingga kini. Beliau melahirkan rasa demikian dalam sesi perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan 2025 di Mesyuarat Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, pada Isnin. Dalam ucapannya, Suhaimi menyampaikan suara hati […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Jentera Parti Komponen, PH Tonjol Komitmen Tinggi – Dr Asyraf

TAPAH, 16 April – Jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah menonjolkan komitmen yang tinggi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata, ia merupakan satu manifestasi kerjasama semakin erat yang dibentuk dari […]

» Read more
1 111 112 113 114 115 414