KPLB Peruntuk 1.25 Bilion Untuk Bangunkan Prasarana Di Sabah Tahun Depan

PAPAR, 29 Nov – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM1.25 bilion untuk projek pembangunan prasarana bagi tahun depan di Sabah. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan KPLB kepada Sabah itu meningkat sebanyak 6.25 peratus berbanding pada 2021. “Peruntukan itu melibatkan 248 projek yang akan dilaksanakan di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa pelitup muka, pelindung […]

» Read more

Sabah Teroka Peluang Jadi Pengeluar Hidrogen Menjelang 2025 – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 29 Nov – Kerajaan Negeri Sabah sedang meneroka peluang untuk menjadi pengeluar hidrogen dan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025 melalui anak syarikatnya Smart Sabah Corporation Sdn Bhd, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau yang juga Pengerusi Smart Sabah Corporation, berkata syarikat itu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation […]

» Read more

GRS Daftar Entiti Politik : UMNO Sabah Teliti Sebelum Buat Keputusan – Bung

KOTA KINABALU,28 Nov –  UMNO Sabah tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam membuat keputusan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai entiti politik rasmi. Bagaimana pun menurut Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, UMNO Sabah sedia berbincang berhubung cadangan tersebut. Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata, cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Salleh Said Keruak, supaya […]

» Read more

BN Muhasabah Dalam Kemenangan

Kemenangan semalam memberi suatu suntikan semangat kepada BN. Keseronokan yang kita masih rasai pagi ini sukar diungkapkan dengan kata-kata. Syabas kepada kepimpinan dan jentera UMNO dan tak kurang juga senyum kita melihat parti komponen yang berjaya menyumbang kepada kemenangan. Belum sampai beberapa jam setelah keputusan diumumkan, tidak dinafikan pelbagai rumusan dan teori yang mula diutarakan, khususnya tentang apa erti keputusan […]

» Read more

Selesaikan Infrastruktur Asas Untuk Sabah Berkembang Pesat – Bung Moktar

KINABATANGAN, 6 Nov – Masalah infrastruktur melibatkan jaringan jalan raya, bekalan elektrik serta air di Sabah perlu diselesaikan, sebelum Sabah dapat dibangunkan secara pesat. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata untuk itu, satu program jangka panjang diperlukan bagi mengurus pembangunan infrastruktur berkenaan. “Ketika ini masih ada kawasan tiada jalan raya, bekalan air dan letrik, dan orang […]

» Read more

PM Ismail Sabri Lancar Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

KINABATANGAN, 6 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid. Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta. Beliau berkata skop projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada […]

» Read more

Empat Pakej Baharu Lebuhraya Pan Borneo Sabah Dilancar Sabtu Ini

KOTA KINABALU, 4 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual melancarkan empat pakej baharu projek Lebuhraya Pan Borneo pada Sabtu di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata Perdana Menteri yang dijadual tiba esok, bagi rangka lawatan ke Sandakan serta Kinabatangan itu akan melancarkan projek lebuh raya […]

» Read more

Projek Naik Taraf Sekolah Daif Di Sabah Dilaksana Oleh JKR Negeri

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Projek menaik taraf dan membangun semula bangunan sekolah daif di Sabah hanya akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata ia berikutan keupayaan dan kepakaran teknikal di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri itu adalah terhad. […]

» Read more

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah Akan Diwujudkan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 29 Okt – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan sejak sekian lama, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pengwujudan suruhanjaya itu merupakan usaha jangka panjang dilakukan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah berkenaan selain berfungsi mengawasi perkhidmatan air dan pembetungan […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan PRN Melaka – Bung

KOTA KINABALU, 23 Okt – UMNO Sabah akan menghantar jenteranya bagi membantu calon-calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan bakal diadakan pada 20 November ini. Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata jentera yang diwakili dari bahagian,Wanita,Pergerakan Pemuda dan Puteri itu akan berkampung di Melaka pada waktu berkempen dan menjelang pembuangan undi. “ […]

» Read more
1 56 57 58 59 60 430