Bung Moktar Kemuka Cadangan Tubuh Majlis Presiden GRS Januari Depan

KOTA KINABALU, 18 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mengemukakan cadangan, bagi menubuhkan Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada mesyuarat yang dijangka diadakan pada 11 Jan tahun depan. GRS merangkumi gabungan Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah, membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Negeri pada 26 Sept lalu. “Kami […]

» Baca lanjut

Penubuhan Majlis Presiden: UMNO Tidak Sertai Parti PN Tetapi Dukung Kerajaan PN – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Semalam parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing. Berkaitan hal tersebut maka timbul persoalan apakah ini bermakna UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah berubah pendirian untuk menyertai PN? Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan bahawa Majlis […]

» Baca lanjut

Sidang Dewan Rakyat Penuh ‘ Aksi’ Labuh Tirai

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 melabuhkan tirainya semalam, dengan minggu terakhir menyaksikan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan Dewan Rakyat, meskipun berdepan pelbagai halangan. Belanjawan terbesar dalam sejarah negara membabitkan peruntukan mencecah RM322.5 bilion itu, dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lalu, sebelum dibahaskan 82 Ahli […]

» Baca lanjut

Bekalan Vaksin, Tumpuan Hari Terakhir Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perihal berkaitan bekalan vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer, antara tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung kos, keberkesanan, dan liputan vaksin, khususnya tempoh imuniti serta […]

» Baca lanjut

SPR Akur Proklamasi Darurat Bagi PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya

PUTRAJAYA, 16 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, kata Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh. Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan itu membolehkan suatu ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah […]

» Baca lanjut

Agong Isytihar Darurat Di Parlimen Gerik, DUN Bugaya – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, sekali gus membatalkan dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) dua kerusi berkenaan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Seri Paduka bertitah demikian selepas memperhalusi penjelasan beliau yang menyembah […]

» Baca lanjut

COVID-19: SPR Akan Tambah Pusat Daerah Mengundi, Saluran Mengundi Jika PRU15 Diadakan

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menambah pusat daerah mengundi dan saluran mengundi bagi menggalakkan rakyat supaya keluar mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam suasana kebiasaan baharu berikutan pandemik COVID-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya berkata perkara itu akan dilaksanakan bagi mengatasi kebimbangan dalam kalangan pengundi […]

» Baca lanjut

Saman PH Tidak Berasas, Sekadar Mahu Menyusahkan Musuh Politik? Soal Najib

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Berdasarkan kepada beberapa keputusan kes mahkamah yang berkaitan dana 1MDB, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyimpulkan jika responden tidak melawan, mahkamah akan membenarkan kerajaan lucut hak tetapi apabila pihak responden melawan, peluang untuk kerajaan kalah adalah amat tinggi. Soal Najib, adakah ia bukti bahawa kerajaan terdahulu Pakatan Harapan (PH) semasa […]

» Baca lanjut

Kehadiran Ahli Parlimen Pakai PPE Tidak Bermotifkan Politik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kehadiran Ahli Parlimen ke persidangan Dewan Rakyat dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) kerana masih dikuarantin di rumah adalah untuk memberikan laluan kepada wakil rakyat terbabit menunaikan hak mengundi, dan ia tidak bermotifkan politik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sebelum ini juga, dalam kes-kes tertentu, telah membenarkan mereka yang […]

» Baca lanjut

COVID-19: Kes Baharu 1,772, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kes harian positif COVID-19 dalam negara terus mencatat empat angka dengan 1,772 kes direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif 86,618 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 12 jam tengah hari ini, sejumlah 1,084 kes sembuh dilaporkan, menjadikan kumulatif 71,681 kes sudah pulih sepenuhnya atau 82.8 peratus daripada keseluruhan […]

» Baca lanjut
1 294 295 296 297 298 416