Sarawak Beralih Ke Fasa Dua PPN Mulai Rabu Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sarawak merupakan negeri terbaharu yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti nilai-nilai ambang negeri tersebut. “Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2 […]

» Read more

Ambil Kira Pandangan Dr Mohd Arshil – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Pandangan yang diberikan oleh Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen perlu diambil perhatian sewajarnya, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Wawancara menerusi Astro Awani baru-baru ini, Dr Mohd Arshil mengatakan bahawa ketiadaan tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah […]

» Read more

Gagal Patuh SOP: 52 Premis Termasuk Kilang Dan Tapak Pembinaan Diarah Tutup – TPM

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 52 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, sewaktu pemeriksaan oleh Pasukan Petugas Operasi Pematuhan, semalam. Menurutnya, semalam, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 85,123 pemeriksaan dan ‘snap check’ COVID-19 di seluruh negara […]

» Read more

Menukar Pemimpin Ketika Krisis

KEPUTUSAN UMNO menarik sokongan ke atas Perdana Menteri tempoh hari menerima reaksi yang pelbagai dan bercampur aduk. Ada yang bersetuju. Tidak kurang yang mengecam. Namun, tidak ada pihak yang menafikan bahawa 7 kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) / Perdana Menteri yang disenaraikan UMNO sebagai asas untuk menarik diri tersebut adalah hakikat yang jelas. Kegagalan-kegagalan tersebut bukan sahaja fakta yang kritikal, […]

» Read more

COVID-19: Rekod Baharu Tertinggi Dengan 9,180 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Malaysia mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838. Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, […]

» Read more

Rahman Jawab Tohmahan Liar, Sifatkan Musuh UMNO Cuba Kelirukan Fakta Sebenar

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya berhubung apa yang disuarakan di dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Tegas beliau musuh politik UMNO bukan sahaja memotong ayatnya malah mempersembahkannya dalam konteks yang salah serta disalahertikan untuk mengelirukan keadaan. “Tular dalam media sosial kononnya dalam mesyuarat Majlis […]

» Read more

Satu Lagi Hospital Medan ATM Di HTAR Klang, Tangani Kes COVID-19 Selangor – TPM

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Berikutan situasi samasa jangkitan COVID-19 di Selangor yang semakin meningkat, sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor dan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri […]

» Read more

Malaysia Catat Rekod Kematian Tertinggi 135 Kes, 8,868 Kes Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi hari ini sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 135 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 5,903 kes atau 0.73 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Beliau berkata kes kematian itu […]

» Read more

Malaysia Lepasi Sasaran 300,000 Dos Suntikan Vaksin Sehari

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sebanyak 313,761 dos suntikan vaksin diberikan semalam, menjadikannya sebagai jumlah tertinggi dalam sehari, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos kedua. “Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah itu, 196,603 […]

» Read more

Sebanyak Lapan Peratus Populasi Malaysia Lengkapkan Suntikan Vaksin

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Sebanyak 2,618,316 orang atau 8.0 peratus daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan, 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). […]

» Read more
1 275 276 277 278 279 426