Ahli UMNO Diminta Ketepikan Perbezaan, Kembali Bertaut Demi Rakyat, Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk mengenepikan segala perbezaan dan kembali bertaut demi menjayakan agenda rakyat dan negara ini. Katanya, negara menyaksikan kemelut politik yang meresahkan semua pihak sejak beberapa bulan lalu dan hari ini, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengumumkan […]

» Read more

PKPD Dilaksana Di Lapan Lokaliti, 34 Lokaliti Dilanjutkan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Lapan lokaliti di empat negeri iaitu Sabah, Terengganu, Kelantan dan Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 17 hingga 30 Ogos, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini berkata, lokaliti di Sabah yang terlibat ialah empat kampung […]

» Read more

Adakah Kegagalan Yang Baik Apabila Ratusan Nyawa Rakyat Terkorban Setiap Hari?

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Baru-baru ini seorang menteri secara jelas mengaku kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden PPBM telah gagal serta mendakwa ia adalah sebuah kegagalan yang baik iaitu gagal kerana belum berjaya dalam usaha. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan tersebut dengan mempersoalkan adakah suatu kegagalan yang baik apabila ratusan nyawa rakyat tidak bersalah […]

» Read more

Sembilan Lokaliti Dikenakan PKPD Bermula Isnin, 96 Premis Ingkar SOP Diarah Tutup

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Lapan lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 16 hingga 29 Ogos ini, ekoran penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya di […]

» Read more

COVID : 21,468 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Kekal Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kes baharu COVID-19 di negara ini menurun sedikit kepada 21,468 kes hari ini berbanding 21,668 dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,363,683 berbanding 1,342,215, […]

» Read more

COVID: 45 Kluster Baharu Termasuk 30 Kluster Tempat Kerja – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Sebanyak 45 kluster baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan 30 daripadanya merupakan kluster tempat kerja, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sejumlah 11 kluster lagi merupakan kluster komuniti dan masing-masing dua kluster berisiko tinggi serta kluster pendidikan tinggi. “Selangor mencatatkan kluster tempat kerja paling tinggi iaitu sembilan diikuti Johor […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Cecah 21,000 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Malaysia hari ini merekodkan 21,668 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,342,215. […]

» Read more

Bersatu Padu, Bukan Masa Rebut Kuasa – Pemangku Raja Pahang

KUALA LUMPUR,10 Ogos – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa semasa sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19. Sebaliknya, baginda bertitah ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira anutan agama, warna kulit mahupun fahaman politik serta mengamalkan sikap tolong […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Menurun, 17,236 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes baharu positif COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan penurunan kepada 17,236 kes berbanding 18,688 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,279,776. Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 5,740 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur 1,567 kes, Kedah […]

» Read more

Kadar Kematian COVID-19 Paling Tinggi, Sudah Tiba Masa Kerajaan Mengaku Gagal – Najib

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata seluruh dunia mencatat 8,022 kematian akibat COVID-19 (COVID) semalam dan Malaysia menyumbang 4.5% (360) daripada angka itu. Kesal Ahli Parlimen Pekan itu, lagi seram ialah 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah ‘Bought In Dead’ (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak […]

» Read more
1 270 271 272 273 274 427