SEMy2030 Garis Hala Tuju Pembangunan Keusahawanan Sosial Negara – PM

KUALA LUMPUR, 23 April – Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 atau SEMy2030 yang dilancar hari ini menyediakan hala tuju nasional yang baharu kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata rangka berkenaan memberi tumpuan kepada pembangunan kerangka kawal selia dan tadbir urus yang efektif untuk memastikan perusahaan sosial mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti […]

» Baca lanjut

Pan Borneo Zon Timur Selesaikan Isu Kerosakan Laluan Kinabatangan-Telupid

SANDAKAN, 22 April – Pelaksanaan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur bagi laluan Kinabatangan-Telupid bakal menyelesaikan isu kerosakan jalan raya sedia ada yang menimbulkan rungutan pengguna selama ini termasuk yang ditularkan di media sosial. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata projek itu akan menyelesaikan kerosakan yang kerap berlaku di jalan raya utama, terutama dari […]

» Baca lanjut

MARA Terima Hampir 75,000 Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun Ini – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 21 April – Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) menerima hampir 75,000 permohonan dari seluruh negara, untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata jumlah itu adalah tinggi berbanding hanya 9,900 tempat yang mampu ditawarkan agensi itu, bagi pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria pemilihan. “Kita […]

» Baca lanjut

Sokongan Rakyat Untuk BN, Tolak Parti Lain Yang Tidak Ada Perancangan – Arshad Yusof

KOTA KINABALU, 21 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Marudu, Arshad Mohd Yusof yakin bahawa sokongan rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) dengan mempertikaikan strategi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu bergabung dengan parti-parti pembangkang lain. Jelasnya, perkara itu pernah berlaku pada masa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu apabila mereka bergabung semata-mata […]

» Baca lanjut

Peralihan Ke Fasa Endemik Beri Kesan Positif Pulihkan Ekonomi Negara – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 19 April – Fasa Peralihan ke Endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa jelas memberi kesan baik kepada ekonomi negara berbanding fasa pandemik sejak dua tahun lepas. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kuasa jual beli semakin menunjukkan peningkatan iaitu jika diperhatikan pasar raya, pusat beli belah termasuk bazar-bazar ramadan mula dikunjungi oleh orang ramai. “Rakyat […]

» Baca lanjut

Tiket Penerbangan Mahal: Jangan Ambil Kesempatan Musim Perayaan – PM

BERA, 17 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini. Menurutnya berdasarkan laporan media, harga tiket berkenaan dikatakan naik sehingga 500 peratus pada musim perayaan, dan beliau menyifatkan ia sebagai ‘agak melampau’ kerana […]

» Baca lanjut

PRU15 Wajar Dilaksana Selepas MoU Kerajaan-PH Tamat Julai Ini – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 16 April – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata langkah tersebut adalah penting bagi memastikan tiada lagi tindakan bermotifkan politik yang […]

» Baca lanjut

Keputusan Menamakan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Cerminkan Solidariti UMNO: Bung Moktar

KOTA KINABALU, 16 April – Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kemarin dengan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri memperlihatkan tahap solidariti luar biasa UMNO untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu menujukkan kematangan pemimpin UMNO yang mengutamakan kesepakatan demi satu […]

» Baca lanjut

Naikkan Harga Tiket: Syarikat Penerbangan ‘Hisap Darah’ Rakyat – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 14 April – Perbuatan syarikat penerbangan negara ini menaikkan harga tiket terutama ke Sabah dan Sarawak, ketika musim perayaan antaranya Aidilfitri yang bakal tiba tidak ubah seperti ‘menghisap darah’ rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata dalam beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri, justeru ramai rakyat Sabah di Semenanjung […]

» Baca lanjut

Percepat Akta Lompat Parti, Ke Arah Penambahbaikan Sistem Demokrasi Negara

TUJUAN Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, pindaan dalam perkara 10 adalah untuk mewujudkan peruntukan yang membolehkan (enabling provision) sebagai PUNCA KUASA bagi RUU Anti Lompat Parti agar dapat dibentang secepat mungkin di Dewan yang mulia ini. Pembuat dasar utama bagi parti saya UMNO iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Mac 2022 telah dengan sebulat suara meluluskan usul yang berbunyi […]

» Baca lanjut
1 228 229 230 231 232 419