Hidup Saya, Kebebasan, Dan Hak Untuk Perbicaraan Yang Adil Jadi Taruhan – Najib

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan bantahan keras terhadap perjalanan prosiding rayuan kes SRC International Sdn Bhd, yang menurutnya melibatkan hidup, kebebasan dan haknya untuk perbicaraan yang adil kini menjadi pertaruhan. “Sebagaimana yang anda semua tahu, peguam saya telah mengatakan bahawa mereka tidak mahu meneruskan (pembelaan) disebabkan fakta bahawa mereka mempunyai masa yang terhad […]

» Read more

Marilah Kita Bersatu Hati, Bersolidariti Bersama Najib – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat, ahli serta pemimpin parti untuk bersolidariti bersama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berdepan cabaran sukar dalam rayuan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Selasa. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan menghormati keputusan mahkamah yang menolak permohonan Najib untuk mengemukakan […]

» Read more

Persidangan UMNO Cawangan Untuk Perkukuhkan Solidariti, Catur Strategi Hadapi PRU Ke-15

KOTA KINABALU, 17 Ogos – Persidangan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang membuka tirainya pada 15 Ogos dan berakhir 18 September depan menjadi platfrom terpenting bagi parti politik terbesar Melayu/Bumiputera ini untuk memperkukuh solidariti dan mencatur strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata persidangan di peringkat cawangan […]

» Read more

Keutamaan Perkukuh UMNO, Jangan Sekat Demokrasi Dalam Parti – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 16 Ogos – Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat diingatkan supaya tidak menyekat mana-mana Cawangan untuk bergerak aktif termasuklah menyekat golongan muda dan profesional dari menyertai parti ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, terdapat beberapa kes di beberapa Bahagian yang menyekat cawangan-cawangan UMNO antaranya menyekat cawangan berkenaan dari mengadakan mesyuarat perwakilannya dan […]

» Read more

Komitmen Jentera Tahap Terbaik, Bersedia Hadapi PRU-15 – Ahmad Maslan

  KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menyedari episod hitam melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ekoran ketidakstabilan politik, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertekad memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 nanti adalah sebuah kerajaan yang stabil demi kemakmuran dan kepentingan rakyatnya. Atas kesedaran itu, sebelum menghadapi PRU-15 ini, UMNO/BN akan memastikan jentera bersiap sedia dalam segala segi supaya […]

» Read more

Bukan Sahaja Semangat, Wanita BN Terbukti Jentera Hadapan Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat semangat jentera Wanita parti bukan sahaja cukup tinggi malah diyakini serta terbukti barisan hadapan parti terbabit. Berucap pada majlis penutup Konvensyen Wanita BN, di sini hari ini, beliau seterusnya menambah dengan pelbagai cabaran yang ada khususnya penambahan parti-parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya […]

» Read more

UMNO/BN Umpama ‘Magnet’, Terus Tarik Tumpuan Parti Lain – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan percaya struktur UMNO serta daya tahan uji pimpinan pelbagai peringkat antara faktor yang menjadikan parti berkenaan umpama ‘magnet’ yang menarik minat untuk parti lain untuk bekerjasama. Malah menurut beliau kejayaan demi kejayaan yang dicapai selepas tsunami pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu membolehkan UMNO/Barisan Nasional (BN) meneruskan khidmat […]

» Read more

Kerajaan Pertimbang Bina Kampus Baharu UniKL Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan universiti berkenaan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembinaan kampus itu juga dijangka mampu melonjakkan peranan UniKL sebagai instrumen pertumbuhan ekonomi negara. “Ia juga bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Malaysia,” katanya […]

» Read more

P-Hailing: Usah Bebani Mereka Dengan Syarat Baharu GDL, Tegas Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Cadangan untuk penunggang P-hailing disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) pada ketika ini amatlah tidak munasabah, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, janganlah diperas lagi penunggang tatkala ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, pasaran kerja yang masih sendu, tekanan harga barangan yang meningkat dek inflasi dan beban bayaran […]

» Read more

Rang Undang-Undang Larangan Tukar Parti Tidak Terpakai Kepada Ahli Dewan Negara – PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Peruntukan larangan bertukar parti melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Negara hari ini berkata perkara itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas setelah mempertimbangkan beberapa pandangan. “Ini kerana Ahli Dewan Negara […]

» Read more
1 226 227 228 229 230 426