Tular Skandal Rasuah ADUN Sabah, Suhaimi Gesa Siasatan Menyeluruh Dijalankan

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan terhadap isu skandal rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang tular baru-baru ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran menyokong kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan beranggapan bahawa pendedahan tersebut harus diselidik oleh pihak berwajib. […]

» Read more

Kerajaan Sabah Diharap Lulus Peruntukan Baik Pulih, Naik Taraf Masjid Dan Surau Di Parlimen Beaufort

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching, berharap agar kerajaan dapat meluluskan peruntukan untuk membina serta menaik taraf beberapa buah masjid dan surau di kawasan Parlimen Beaufort. Menurut beliau, permohonan ini adalah sangat mendesak kerana terdapat beberapa masjid dan surau yang sudah lama dibina, tetapi kini berada dalam keadaan uzur dan tidak dapat menampung keperluan […]

» Read more

Siap Siaga Depani PRN Sabah: Jamal Nerubi Tegaskan UMNO Utuh, Semangat Perjuangan Membara

PAPAR, 15 Nov – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi, menyatakan keyakinan tinggi terhadap kesiapsiagaan jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Beliau menegaskan bahawa kehadiran lebih 3,000 orang dalam program Gerak17 yang diadakan baru-baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis memberikan gambaran jelas bahawa UMNO masih menjadi pilihan sekaligus mencerminkan semangat perjuangan yang terus membara […]

» Read more

Perincian Peruntukan Pembangunan Sabah Perlu Dijelaskan – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kerajaan diminta untuk memperincikan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sabah setiap tahun dalam Belanjawan yang dibentangkan di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata perkara ini penting agar rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai jumlah sebenar yang telah disalurkan untuk tujuan pembangunan di negeri terbabit, agar ia seimbang dengan projek-projek yang […]

» Read more

PRN Sabah ‘Makmal Ujian’ Bagi BN Dan PH… Ada Pihak Cuba Kelirukan – Azmi Amir

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Hussin menegaskan bahawa kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah ‘makmal ujian’.  Dalam hal ini beliau membidas pemimpin parti lain di Sabah yang menjawab bahawa negeri ini bukan ‘makmal tikus’ untuk dibuat kajian dan perkara itu memalukan Sabah. […]

» Read more

Tuntutan Kumpulan Sulu Yang Mahu Ambil Tindakan Terhadap Sabah Tidak Masuk Akal – Azalina

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan menyewakannya kepada negara lain seperti China atau Filipina, disifatkan sebagai tidak masuk akal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata sebagai negara berdaulat dan mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia akan melawan tuntutan […]

» Read more

UMNO Sangkal Dakwaan Dalang Pendedahan Isu Rasuah Pemimpin Sabah Yang Tular Di Media Sosial

BEAUFORT, 13 Nov – UMNO tidak wajar dikaitkan dengan kes rasuah yang mengaitkan pemimpin tertentu di Negeri Sabah sebagaimana tular di pelbagai platform media sosial dan media cetak sejak beberapa hari lalu. Ketua UMNO bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, berkata isu ini mula tular apabila sebuah portal dalam talian berpengkalan di Kuala Lumpur melaporkan isu rasuah yang berlaku membabitkan […]

» Read more

Formula Kerajaan Perpaduan Jadi Asas Kerjasama BN-PH Dalam PRN17 Sabah

SHAH ALAM, 13 Nov – Formula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan menjadi asas rujukan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang. Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti […]

» Read more

PRN Sabah: Bung Moktar Nafi Sabah Dijadikan ‘Tikus Makmal’

PAPAR, 12 Nov – Barisan Nasional (BN) Sabah menafikan negeri itu dijadikan tikus ujian makmal bagi menguji kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata dakwaan mengenai perkara itu timbul disebabkan ketidakfahaman mengenai maksud sebenar istilah ‘makmal’ dalam konteks kerjasama BN-PH di Sabah. Katanya, kerjasama BN-PH juga bukan baharu, […]

» Read more

Gelombang Biru Di DUN Liawan Dan Pantai Manis Isyarat BN Sabah Sedia Hadapi PRN Ke-17

PAPAR, 11 Nov – Himpunan ‘Gelombang Biru’ dengan kehadiran yang amat memberangsangkan pada setiap program Gerak17 UMNO Sabah, memberikan isyarat jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sedia menggalas tanggungjawab menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang seterusnya menerajui kepimpinan kerajaan negeri. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kehadiran penyokong BN hampir 3,000 orang dalam program Gerak 17 […]

» Read more
1 19 20 21 22 23 429