Kursus Ditawarkan TVET Bersesuaian Pasaran Guna Tenaga – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara merentasi 12 kementerian dan sebanyak 1,345 institut TVET di seluruh negara, kerajaan serta swasta dengan RM6.8 bilion dibelanjakan untuk mengendali TVET ini. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, kos yang dikeluarkan amat efektif dan […]

» Baca lanjut

Kehadiran Perwakilan Di Luar Jangkaan Bukti UMNO Sepanggar Terus Utuh

SEPANGGAR, 25 Jun – Kehadiran perwakilan daripada cawangan UMNO bahagian Sepanggar pada mesyuarat bahagian Sabtu lalu membuktikan akar umbi parti berkenaan terus bersemangat menabur khidmat bakti kepada parti dan masyarakat. Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Yaakub Khan berkata kehadiran di luar jangka itu amat membanggakan dan itulah bukti UMNO Sepanggar terus utuh dalam usaha memastikan parti terus mengorak langkah ke depan. […]

» Baca lanjut

Fokus Gerak Kerja, Berkhidmat Untuk Semua – Mohamad Alamin

KIMANIS, 23 Jun – Ketua UMNO bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata seluruh jentera parti perlu fokus kepada gerak kerja masing-masing dalam usaha memastikan UMNO terus utuh. Menurut beliau gerak kerja bersepadu pelbagai peringkat amat penting dalam usaha memastikan khidmat parti kepada rakyat berterusan. “Insya-Allah… platform yang ada kita gunakan untuk membantu rakyat bukan sahaja di Kimanis malah untuk Sabah. […]

» Baca lanjut

Setia Dan Terus Setia Jadi Pegangan, UMNO Papar Terus Utuh – Jamal Nerubi

  KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua UMNO Papar,  Datuk Jamal Nerubi berkata ingatan dan pesanan daripada pimpinan terdahulu terus tersemat dalam dirinya hingga ke hari ini. Mengimbau pesanan berkenaan ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda pada satu ketika, beliau berkata pemimpin tersebut mengingatkan soal kesetiaan terhadap parti. “Dalam apa jua keadaan, pertama harus setia… dan terus setia. Pernah pekara ini […]

» Baca lanjut

Tolak Sentimen, Dakwaan Negatif Lawan… UMNO Teguh Perjuangkan Agama, Bangsa, Tanah Air – Mohd Rafi

BELURAN, 23 Jun – Ahli-ahli UMNO perlu menolak dakwaan negatif dan mainan sentimen pihak lawan termasuk kenyataan kononnya UMNO menggadaikan maruah dan perjuangan bangsa lantaran bersama Dap hari ini. Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan yang berucap dihadapan khalayak sempena Jelajah Penerangan UMNO Malaysia di Bahagian Beluran pada Jumaat. Katanya, sebelum UMNO bersama […]

» Baca lanjut

Saling Pupuk Kerjasama… Fokus Gerak Kerja Hingga Ke Akar Umbi – Bung Moktar

SEPANGGAR, 23 Jun – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan seluruh ahli parti itu agar saling memupuk kerjasama dan menolak budaya serta tingkah laku yang boleh melemahkan lagi parti. Menurut beliau jika parti kuat ianya akan disegani dan dihormati baik pihak lawan mahu pun kawan dalam usaha berdepan pelbagai cabaran serta dugaan mendatang. “Ini saya memperingatkan tuan-tuan, […]

» Baca lanjut

Perpaduan Kunci Utama Kejayaan Parti, Sikap Tuding Jari Keruhkan Lagi Suasana – Abdul Rahman

TUARAN, 22 Jun – Ketua UMNO bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan percaya dan penuh yakin bahawa perpaduan merupakan faktor utama kepada kekuatan parti. Bagi beliau tanpa faktor berkenaan apatah lagi jika saling tuding-menuding antara satu sama lain bakal mengeruhkan lagu suasana serta keadaan. “Kalah dalam pilihan raya bukanlah satu kegagalan mutlak. Kekalahan juga adalah peluang untuk merenung, belajar […]

» Baca lanjut
1 147 148 149 150 151 417