Mohd Sharkar Pesan Perwakilan Pilih Calon Terbaik Untuk Kepimpinan Masa Depan UMNO

  KUALA LUMPUR, 9 Mac – Para perwakilan yang bakal melaksanakan tanggungjawab dengan memilih kepimpinan UMNO dalam pemilihan yang bakal diadakan Sabtu ini untuk peringkat sayap dan Sabtu depan bagi jawatan Bahagian dan Pusat diminta agar memilih mereka yang terbaik. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata para perwakilan harus memandang serius ucapan atau pesanan […]

» Baca lanjut

Mohd Lassim Pasrah Lupakan Seketika Kempen Pemilihan, Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Lassim Burhan terpaksa pasrah tidak dapat hadir ke kebanyakan Majlis Pengenalan Calon yang diadakan baru-baru ini kerana membantu menguruskan mangsa banjir di Johor. Beliau yang juga Timbalan Ketua dan calon Ketua UMNO Bahagian Sri Gading berkata, sebagai pemimpin akar umbi, beliau bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan ahli […]

» Baca lanjut

Bersama Bentuk Pasukan UMNO Yang Mantap, Kukuhkan Kerajaan – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menyeru semua ahli dapat berganding bahu bersama kepimpinan tertinggi parti bagi membentuk satu pasukan yang kuat. Katanya, kesepaduan parti amat mustahak untuk kepentingan UMNO sendiri selain mengukuhkan Kerajaan Perpaduan yang didukung hari ini. “Kalau kita tidak mempunyai sebuah parti yang kuat bagaimana kita dapat ‘deal’ ataupun mengekalkan […]

» Baca lanjut

Kekuatan Dan Kesatuan UMNO Dicemburui, Diperlihatkan Sebagai Roh Perjuangan – Megat Zulkarnain

SHAH ALAM, 9 Mac – Meskipun UMNO diuji dengan penolakan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan 15, parti itu tetap dicemburui oleh pihak lawan disebabkan keutuhan serta kesatuan yang ditunjukkan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin berkata, UMNO bukanlah sebuah parti yang dibina atas dasar dengki, khianat dan merajuk bahkan untuk mengangkat maruah […]

» Baca lanjut

Presiden Ingatkan Calon Pemilihan UMNO Tidak Mengharap Dapat Bertanding Pada PRN

SHAH ALAM, 8 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para calon bagi pemilihan UMNO kali ini agar tidak meletakkan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Katanya kemenangan para calon pada pemilihan itu nanti bukan jaminan bagi UMNO meletakkan mereka untuk bertanding pada PRN yang dijangka akan diadakan selepas sambutan […]

» Baca lanjut

Keputusan Pengecualian Kepada UMNO Terpakai – Menteri KDN

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Keputusan memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan parti itu adalah terpakai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin berkata sekiranya ahli UMNO yang membawa isu berkenaan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh membawanya ke mahkamah. […]

» Baca lanjut

Pemilihan Bukti UMNO Angkat Nilai Demokrasi Serta Peremajaan Parti – Lassim

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Lassim Burhan berpandangan Pemilihan UMNO telah membuktikan bahawa parti ini mengangkat nilai demokrasi serta peremajaan bagi masa hadapan. Beliau yang menawarkan diri sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, perkara ini terbukti apabila golongan muda termasuk muka baharu diraikan sebagai calon. “Ini proses demokrasi dalam parti yang pertamanya bagi […]

» Baca lanjut

Rejuvenasi UMNO Perlu Dilaksana, Anak Muda Mahu Lihat Pengharapan Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Proses rejuvenasi UMNO perlu dilaksanakan segera terutamanya selepas musim pemilihan kerana anak muda mahu melihat satu pengharapan baharu dalam parti politik itu. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin berkata, ini adalah masa yang paling sesuai apatah lagi kepercayaan rakyat terhadap UMNO mestilah dikembalikan terutamanya daripada anak-anak muda. “Rejuvenasi UMNO harus dan wajib untuk kita […]

» Baca lanjut
1 22 23 24 25 26 61