Pastikan 90 Peratus Pengundi Putih Mengundi Esok – Mohamad

REMBAU, 18 Nov – Jentera parti Barisan Nasional (BN) perlu keluarkan sekurang-kurangnya 90 peratus pengundi putih pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN yakin dengan gerak kerja yang tersusun, BN dapat mencapai sasaran meraih kemenangan pada pilihan raya kali ini sekali gus membentuk […]

» Read more

Alhamdulillah… Momentum BN Terus Meningkat, Usaha Sehingga Saat Akhir – Tok Nan

  KUALA PILAH, 17 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan yakin sokongan pengundi kian meningkat dan berharap ianya akan berterusan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 Sabtu ini. Dalam pertemuannya bersama UMNO-Online, beliau turut berkongsi pandangan dan harapan agar masyarakat di Kuala Pilah membuat pilihan yang sebaiknya dengan memilih BN. “Alhamdulillah […]

» Read more

Rakyat Perlukan Parti Berkhidmat, Bukan Parti Kaya-Raya – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Rakyat tidak memandang parti mana yang mempunyai harta yang banyak, sebaliknya memerlukan parti yang banyak memberikan manfaat kepada mereka untuk membentuk kerajaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan pihak lawan yang bermewah-mewahan semasa tempoh berkempen langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat. “Saya rasa kita dapat saksikan sepanjang […]

» Read more

Khaled: Tiada Perbincangan BN, Gabungan Lain Untuk Bentuk Kerajaan

KOTA TINGGI, 16 Nov – Tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai Barisan Nasional (BN) akan bergabung dengan mana-mana parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Tinggi berkata semua calon dan kepimpinan BN termasuk ‘Top 5’ parti ketika […]

» Read more

PRU15: PN Berada Dalam Keadaan ‘Retak Menanti Belah’ – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai kesediaan parti itu untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN) jika perlu untuk membentuk kerajaan menunjukkan bahawa Perikatan Nasional (PN) berada dalam keadaan ‘retak menanti belah’. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan tersebut jelas membuktikan bahawa Pas sudah tidak lagi […]

» Read more

Jentera BN Fokus Kempen Secara Harmoni, Elak Lakukan Provokasi Atau Fitnah – Ismail Sabri

SEPANG, 14 Nov – Jentera Barisan Nasional (BN) perlu fokus menjalankan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara harmoni tanpa melakukan sebarang provokasi atau fitnah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata jentera BN perlu memberi jaminan kepada rakyat yang gabungan itu akan membela nasib semua pihak sekiranya memenangi PRU15. “Kita mesti jalankan kempen secara harmoni dengan […]

» Read more

Belum Pernah Ada Syarikat Bukan Bumiputera Urus Tabung Haji, Zaman PH Memeranjatkan

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Berita mengenai platform Tabung Haji, THiJARI diuruskan oleh syarikat bukan bumiputera semasa zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) amat memeranjatkan lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Tony Pua. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, dalam sejarah Tabung Haji belum pernah lagi mana-mana individu berkepentingan diberikan award […]

» Read more

PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Perikatan Nasional (PN) akan menghadapi masalah besar sekiranya mereka menang dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini kerana Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal kalah di Pagoh. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Muhyiddin akan kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina kerana gabungan tersebut bersama dengan […]

» Read more

Dr Hafiz Mahu Tarik Pelabur Ke Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa

PENGKALAN CHEPA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin, 38, mahu memberi tumpuan serius dalam aspek peluang pekerjaan bagi mengatasi kadar pengangguran yang tidak terkawal di negeri ini. Beliau yang dikenali sebagai Dr Hafiz PC, Gu Kito memberitahu bahawa peluang pekerjaan merupakan tunjang kehidupan dalam sesebuah keluarga dan tanpa peluang pekerjaan anak […]

» Read more

BN Optimis Rampas Kembali Parlimen Tampin, Kuala Pilah – Mohamad

SEREMBAN, 13 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan optimis parti itu boleh merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau yang juga calon Parlimen Rembau berkata pihaknya juga yakin mampu merampas Port Dickson yang dikuasai Pakatan Harapan ketika ini menerusi usaha dan gerak kerja yang kuat daripada jentera […]

» Read more
1 84 85 86 87 88 309