Ahmad Zahid Seru Semua Perwakilan UMNO Kembali Sebagai Satu Pasukan

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua perwakilan agar kembali bersatu sebagai satu pasukan dan melupakan sebarang sengketa walau siapapun yang dipilih menerajui barisan kepimpinan parti itu nanti. Ahmad Zahid berkata beliau juga bersedia menerima apa sahaja keputusan perwakilan menjelang pemilihan peringkat Ketua Bahagian, kepimpinan Bahagian serta kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) […]

» Read more

Ahmad Zahid Sedia Disiasat SPRM Berhubung Sumber Dana UMNO

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber dana parti itu. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersifat terbuka kerana beliau sebelum ini pernah disiasat SPRM. “Saya sentiasa terbuka. Saya sendiri pernah disiasat…dibawa ke mahkamah dan saya bersedia pada […]

» Read more

UMNO Kelantan Bincang Agih Kerusi PRN Selepas Pemilihan Parti

MACHANG, 11 Mac – UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Beliau berkata pihaknya setakat ini masih belum mengadakan perbincangan pada peringkat negeri sama ada berhubung pengagihan kerusi dan jawatankuasa bersama. “Di Kelantan, kita fikir biarlah selesai dahulu pemilihan […]

» Read more

PRN Kedah: UMNO Kenal Pasti Kerusi Yang Akan Ditandingi – Mahdzir

KUALA NERANG, 11 Mac – UMNO telah mengenal pasti kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah yang disasar untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Naib Presidennya Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau yang enggan mendedahkan bilangan kerusi itu berkata keputusan akhir mengenai perkara itu bagaimanapun akan diputuskan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat pada […]

» Read more

Melaka Kaji Keperluan Tubuh JPKK Baharu – Sulaiman

MELAKA, 8 Mac – Kerajaan Melaka sedang mengkaji keperluan menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) baharu bagi memastikan khidmat yang lebih efektif dan maklumat tepat dapat disampaikan kepada masyarakat setempat. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata penubuhan JPKK baharu itu bagaimanapun memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berdasarkan kriteria atau syarat ditetapkan. “Penubuhan JPKK baharu itu […]

» Read more

Keputusan Pengecualian Kepada UMNO Terpakai – Menteri KDN

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Keputusan memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan parti itu adalah terpakai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin berkata sekiranya ahli UMNO yang membawa isu berkenaan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh membawanya ke mahkamah. […]

» Read more

Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia

ALOR SETAR, 8 Mac – Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain meninggal dunia kira-kira 10.30 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Allahyarham yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah kelapan pada 1999 hingga 2005 menghembuskan nafas terakhir kerana masalah kesihatan pada usia 79 tahun. Bekas Setiausaha Akhbar Allahyarham, Datuk Boon Som Inong berkata beliau akan sentiasa mengenang Syed […]

» Read more

Malaysia Tarik Pelaburan Diluluskan RM264.6 Bilion Pada 2022, Kedua Terbesar Pernah Direkod – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Malaysia meluluskan pelaburan berjumlah RM264.6 bilion pada 2022, dengan sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar, diikuti oleh sektor pembuatan dan utama. Sektor perkhidmatan menyaksikan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM154 bilion atau 58.2 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2022. Sementara itu, pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan berjumlah RM84.3 bilion (31.9 peratus) dan industri utama […]

» Read more

Calon Pemilihan UMNO Usah Terpengaruh Dengan Kumpulan Cuba Gugat Kerajaan – Ahmad Zahid

  KOTA KINABALU, 8 Mac – Ahli UMNO, termasuk calon yang bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu menggugat kerajaan semasa. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga tidak mahu ada dalam kalangan calon pada pemilihan parti itu yang bertindak mendukung parti lain dan […]

» Read more

Keupayaan Mesin Pengimbas Laluan Masuk Negara Akan Ditingkatkan – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 7 Mac – Kerajaan akan memastikan keupayaan mesin pengimbas di semua laluan masuk di negara ini dapat ditingkatkan untuk membasmi kegiatan penyeludupan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Sehubungan itu, katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengenal pasti semua kaedah untuk memastikan sistem pengimbas di laluan masuk di seluruh negara ini, termasuk di pelabuhan, […]

» Read more
1 73 74 75 76 77 309