Kerajaan Tambah Baik Modul Penghayatan Pendidikan Islam Di KEMAS Mulai Tahun Ini

KOTA BHARU, 15 Mac – Kerajaan menambah baik kurikulum pendidikan Islam sedia ada di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan memperkenalkan modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) mulai pengambilan tahun ini seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kita akan memberi penekanan terhadap dua aspek iaitu ibadah dan pengajian al-Quran membabitkan sebanyak 250,000 kanak-kanak termasuk pengambilan […]

» Read more

UMNO Tetapkan Tiga Kriteria Pilih Calon PRN Kelantan

KOTA BHARU, 15 Mac – UMNO menetapkan tiga kriteria utama iaitu “winnability” (boleh menang), “acceptability’ (dapat diterima) dan “likeability” (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata calon juga akan dibuat berdasarkan keputusan pemilihan UMNO pada 18 Mac nanti. “Saya akan lihat selepas 18 Mac […]

» Read more

Individu Dalam Rakaman, Sebar Video Berdepan Tindakan Disiplin Parti – Shahrir

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023 memaklumkan pihak yang terlibat dalam video dan penyebaran membabitkan pengiraan undi bagi sayap Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa akan dirujuk ke Lembaga Disiplin. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, berkata ianya bertujuan bagi menyiasat secara terperinci dan mengenalpasti jenis hukuman untuk kesalahan yang dilakukan mereka. “Dengan apa yang telah berlaku dalam perwakilan […]

» Read more

Ahmad Jazlan Dilantik Semula Pengerusi Felcra Berhad

KOTA BHARU, 15 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Mac lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Perkara itu diumumkan Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan UMNO […]

» Read more

Melaka Mohon KKM Tambah Pusat, Mesin Dialisis

MELAKA, 15 Mac – Kerajaan Melaka memohon Kementerian Kesihatan (KKM) menambah pusat dan mesin hemodialisis bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata setakat ini Melaka mempunyai empat pusat hemodialisis KKM iaitu di Hopital Melaka, Hospital Alor Gajah, Hospital […]

» Read more

Kerja-Kerja Tanah Pembinaan Pusat Data Melebihi 50 Peratus – Ab Rauf

MELAKA, 15 Mac – Pelaksanaan kerja-kerja tanah bagi pembinaan pusat data di Ayer Keroh, yang merupakan antara projek pelaburan baharu di Melaka, kini melebihi 50 peratus, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu. Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata tanggungjawab menyelia projek pelaburan syarikat berpangkalan di Hong Kong itu digalas oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan […]

» Read more

Lebih 5,000 Orang Bakal Terima Bantuan Program Seronok Beraya Di Perak

IPOH, 14 Mac – Lebih 5,000 orang disasar menerima bantuan bagi meringankan beban asnaf, anak yatim dan ahli keluarga B40 sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di bawah Program Seronok Beraya Peringkat Negeri Perak 2023. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Salbiah Mohamed berkata program itu juga bertujuan membawa keseronokan kepada anak-anak dalam kumpulan […]

» Read more

Kebanyakan Mangsa Penipuan Pekerjaan Dari Kawasan Pedalaman

KUALA LUMPUR, 14 Mac  – Kebanyakan mangsa yang terjebak dengan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara berasal dari kawasan pedalaman dan luar bandar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mereka didekati sindiket terlibat menerusi berbagai kaedah termasuk iklan tawaran pekerjaan di laman media sosial dan diperdaya oleh kenalan baharu di medium sama. […]

» Read more

Melaka Sasar Pendapatan Sektor Pelancongan Cecah RM23.4 Bilion Sempena TMM2024

MELAKA, 14 Mac – Kerajaan negeri Melaka menyasarkan pendapatan bagi sektor pelancongan di negeri itu pada tahun depan khususnya sempena penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) mencecah RM23.48 bilion dengan kedatangan 18.7 juta pelancong dari dalam dan luar negara, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis […]

» Read more

LTAT Umum Kadar Dividen Lima Peratus Bagi Tahun 2022

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak lima peratus bagi tahun 2022 melibatkan jumlah pembayaran bernilai RM476.45 juta. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata kadar dividen tersebut meningkat 0.9 peratus berbanding 2021. “Ini mengambil kira suasana pasaran dan suasana sistem kewangan negara yang belum pulih.. akibat berdepan […]

» Read more
1 72 73 74 75 76 309