Luluskan Usul Tidak Percaya Peguam Negara, Hak Majlis Peguam – Azalina

KOTA TINGGI, 12 Mei – Tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun merupakan hak badan peguam berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Justeru, beliau berkata berkata kerajaan mesti terbuka dalam menerima kritikan rakyat ataupun badan profesional seperti badan peguam itu. “(Malaysia) negara bebas. […]

» Baca lanjut

Belum Muktamad Rakan Sekutu Guna Lambang BN Pada PRN – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 11 Mei – Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan sama ada membenarkan rakan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan bertanding menggunakan lambang parti gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “… kita tidak menolak jika ada parti-parti lain dalam kesepakatan Kerajaan Perpaduan, jika mereka berhasrat untuk menggunakan […]

» Baca lanjut

Pemuda Gabungan Parti Kerajaan Perpaduan Bakal Lancar Geng Perpaduan Ahad Ini

MELAKA, 9 Mei – Satu jentera baharu iaitu Geng Perpaduan yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan akan dilancarkan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Ahad ini. Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata penubuhan Geng Perpaduan itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam […]

» Baca lanjut

Isu Air: MB Perlu Akui Kelemahan, Mohon Maaf Kepada Rakyat Kedah – Mohd Raqib

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk segera menjawab segala kekhilafan berkenaan isu bekalan air bersih di Kedah. Katanya, Muhammad Sanusi perlu mengakui kelemahan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah yang terjejas akibat kegagalan beliau menangani isu air di negeri ini. […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO JB 27 Mei Ini Adalah Pertandingan Bersifat Kekeluargaan – Mohd Hairi

JOHOR BAHRU, 8 Mei – Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang akan berlangsung pada 27 Mei ini di Berjaya Waterfront Hotel, di sini disifatkan sebagai pertandingan kekeluargaan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah. Beliau yang akan bertanding dengan bekas Timbalan Ketua Bahagian itu Datuk Yahya Jaafar untuk jawatan Ketua Bahagian turut menjelaskan bahawa dia bersikap profesional dan […]

» Baca lanjut

Kilang Proses Mineral Dengan Kos RM40 Juta Dibina Di SVTP, Perak – Saarani

IPOH, 8 Mei – Silver Valley Technology Park (SVTP) yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negeri Perak, akan turut menempatkan kilang pemprosesan mineral ‘Zero Waste Facility’ (kemudahan buangan sifar) dengan kos pembinaan bernilai RM40 juta dan dijangka beroperasi pada 2024. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembukaan kilang pemprosesan syarikat Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd yang menawarkan kira-kira 500 peluang […]

» Baca lanjut

Melaka Jangka Raih Pendapatan RM30 Juta Menerusi Pasaran Pelancong Timur Tengah

MELAKA, 8 Mei – Melaka dijangka meraih pendapatan RM30 juta dengan kedatangan 6,000 pelancong dari Timur Tengah menjelang akhir tahun hadapan sempena Tahun Melawat Melaka 2024, menurut Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Beliau berkata sasaran itu sejajar dengan pelbagai inisiatif memorandum persefahaman (MoU) kerajaan negeri menerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru, 27 Mei Ini – Khaled

KOTA TINGGI, 7 Mei – Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh sejak 18 Mac lepas akan diteruskan pada 27 Mei ini di Berjaya Waterfront Hotel, di sini. Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan. “Saya percaya semua menantikan (pemilihan) […]

» Baca lanjut

Kerajaan Perpaduan Ada Beberapa Formula Untuk Pembahagian Kerusi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Kerajaan Perpaduan mempunyai beberapa formula yang lebih sesuai dengan situasi semasa bagi tujuan pembahagian kerusi dan perkara itu akan diselesaikan secara dalaman, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana asas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sahaja tidak boleh […]

» Baca lanjut

Hampir 2,000 Jemaah Haji Pahang Terima ‘Duit Poket’ RM500 Seorang – MB

KUANTAN, 7 Mei – Hampir 2,000 jemaah haji Pahang menerima ‘duit poket’ sebanyak RM500 seorang sebagai bantuan untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata sumbangan julung kali diberikan itu berikutan prestasi kewangan kerajaan negeri yang baik dan kukuh sekali gus membolehkan hasil berkenaan dikembalikan semula kepada rakyat. “Bantuan ini sekurang-kurangnya […]

» Baca lanjut
1 65 66 67 68 69 309