UMNO Perjuang Nasib Pekerja GIG Di Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ni menerima memorandum penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia (SEGiM) bagi memastikan nasib pekerja gig di negara ini terbela. Memorandum itu dihantar melalui tiga wakil pertubuhan iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) dan Gabungan eHailing Malaysia (GEM). “Memorandum ini dihantar kepada […]

» Baca lanjut

Dialog Shangri-La: Perbincangan Dua Hala Lebih Utama – Mohamad

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa tiada keperluan untuk beliau berucap pada sidang kemuncak Dialog Shangri-La di Singapura baru-baru ini sebaliknya lebih mengutamakan perbincangan dua hala bersama pemimpin negara lain. Beliau berkata perbincangan bilateral di antara menteri-menteri pertahanan dan kepimpinan angkatan tentera pada sidang itu dilihat lebih berkesan bagi menyampaikan pendirian Malaysia berkenaan […]

» Baca lanjut

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Ke Atas Jocelyn Chia

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas pelawak Jocelyn Chia, termasuk mengharamkan kemasukannya ke Malaysia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata perbuatan wanita berkenaan, jelas tidak mencerminkan sikap sensitiviti terhadap rakyat Malaysia. “Wanita berkenaan perlu diambil tindakan mengikut undang-undang, kerana lawak yang dibuatnya keterlaluan melibatkan kehilangan pesawat MH370, ternyata melukakan hati waris […]

» Baca lanjut

Dr Sheikh Muszaphar Beri Sumbangan Kepada Tabung Pendidikan Melayu, Hargai Pendekatan UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Yayasan Angkasawan Negara menghargai pendekatan UMNO yang menubuhkan Tabung Pendidikan Melayu bagi membantu pelajar yang memerlukan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran. Cakna dengan tabung tersebut, Presidennya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyampaikan sumbangan sebagai simbolik kepada tekad yayasan itu dalam membantu anak-anak Melayu dalam pendidikan mereka. “Alhamdulillah saya diberitahu UMNO menubuhkan Tabung Pendidikan Melayu jadi saya […]

» Baca lanjut

Wanita Guna Sains, Data Analitik Ubah Gerak Kerja, Pulihkan Sokongan Terhadap UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pergerakan Wanita UMNO mahu ahli sayap itu lebih fokus dalam memodenkan setiap gerak kerja dan instrumen sosial dalam usaha mendepani cabaran dan memulihkan sokongan terhadap parti itu. Ketuanya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata dalam masa terdekat, pergerakan itu akan menghantar beberapa ahli untuk berkursus dalam bidang sains data dan analitik, agar makna di sebalik […]

» Baca lanjut

PAU 2023: Sebanyak 531 Media Berdaftar, Sokong Acara Tradisi Parti

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Sebanyak 531 media berdaftar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 ini dan ianya merupakan satu sokongan yang hebat kepada acara tradisi parti. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, PAU merupakan sebuah program yang sudah semestinya menjadi perhatian masyarakat setiap kali ianya berlangsung. “Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan […]

» Baca lanjut

Pindaan Perlembagaan UMNO Bolehkan Permohonan Keahlian Dibuat Dalam Talian – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Permohonan pendaftaran keahlian baharu UMNO boleh dilakukan secara dalam talian apabila pindaan perlembagaan parti berhubung perkara itu diluluskan Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dijadual berlangsung esok. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti. “Yang akan dipinda adalah […]

» Baca lanjut

BN Mesti Menang Semua Kerusi Diamanahkan Pada PRN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Barisan Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PRN itu juga perlu menjadi landasan kebangkitan semula BN, selepas kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan PRU15. “Realiti politik tanah air ketika […]

» Baca lanjut
1 61 62 63 64 65 309