Junjung Titah Sultan Kedah, Namun Bimbang Dijadikan Modal Politik Negatif – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mahu ruang diberikan kepada rakyat Kedah untuk menilai fakta sejarah daripada sudut yang neutral dan ilmu. Namun begitu, Shaiful Hazizy melahirkan kebimbangan kerana ianya akan dijadikan […]

» Baca lanjut

PRN Selangor: Proses Pembahagian Kerusi BN-PH Lancar, Elak Boikot Calon Kerajaan Perpaduan – Lokman

SUNGAI BESAR, 19 Jun – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan bahawa proses rundingan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor berjalan dengan lancar. Jelasnya, tindakan memboikot calon-calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding pada PRN Selangor tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menyebabkan Perikatan Nasional (PN) mendapat keuntungan […]

» Baca lanjut

Pembahagian Kerusi PH-BN Di Enam Negeri Selesai 90 Peratus – Tok Mat

REMBAU, 17 Jun – Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah selesai 90 peratus. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ada satu atau dua kerusi yang menyaksikan pertindihan dan memerlukan keputusan Jawatankuasa Majlis Presiden kedua-dua […]

» Baca lanjut

IPTA Perlu Lakukan Penilaian Risiko Penganjuran Aktiviti Sosial Termasuk Konsert

KOTA TINGGI, 17 Jun – Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini perlu melakukan penilaian risiko terhadap sebarang penganjuran aktiviti sosial termasuk konsert. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia bagi memastikan pengisian program yang dijalankan tidak mencemarkan imej universiti awam. “Soal anjur konsert bukan perkara baharu, kalau kita lihat setiap konvokesyen memang akan ada program-program […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Dapat Kebenaran Khas Lawat Najib Di Penjara – KDN

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Penjara Kajang bagi menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata lawatan itu dilakukan mengikut Peraturan 86, Bahagian 10, Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Saifuddin menjelaskan peraturan itu […]

» Baca lanjut

Melaka Laksana Kajian Menyeluruh Pelihara Adat Perpatih – Ab Rauf

MELAKA, 14 Jun – Kerajaan Negeri Melaka sedang melaksanakan kajian menyeluruh berkaitan adat perpatih bagi memastikan adat berkenaan dapat dipelihara agar ia dapat diwarisi pengamalnya, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata kajian berkenaan termasuk membuka semula Balai Adat Perpatih di Alor Gajah di sini yang akan menjadi pusat rujukan bagi pengamal adat perpatih dan generasi […]

» Baca lanjut

Penerbitan Pas Berbaur Fitnah, Laporan Polis Terhadap Harakah Daily Dibuat

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Rentetan tiada sebarang tindakan positif yang dilakukan oleh Harakah Daily berikutan penerbitan berbaur fitnah terhadap UMNO, satu laporan polis telah dibuat. Ini adalah berkaitan laporan Harakah Daily bertarikh 9 Jun menyatakan bahawa UMNO Cawangan Taman Dato Hormat telah dibubarkan ekoran 48 ahlinya meletak jawatan seterusnya menyertai parti Pas. Sehubungan itu, ahli UMNO Cawangan Taman Dato […]

» Baca lanjut

UMNO Terengganu Berharap Tabika Tahfiz Jadi Pilihan Pertama Rakyat – Pehimi

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pembahas Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas hasrat mewujudkan pra tahfiz Taman Bimbingan Kanak- kanak (Tabika) Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS). Menurutnya inisiatif ini bermakna kerana ianya bakal melahirkan hufaz cilik di seluruh negara di usia lima hingga enam tahun. “Alhamdulillah dan terima kasih dalam […]

» Baca lanjut

PAU 2023 Amat Penting, Sama-Sama Cipta Kekuatan Baharu – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) saban tahun amat penting untuk seluruh ahli UMNO dalam usaha memperkasa parti berkenaan di pelbagai peringkat khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa hari ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata masing-masing perlu bermuhasabah dan menilai secara ikhlas serta mengakui kesilapan untuk langkah seterusnya bergerak ke depan dengan […]

» Baca lanjut
1 60 61 62 63 64 309