Rakyat Makin Bijak Menilai Sisi Berbeza Pas, PN – Lokman

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan rakyat semakin bijak dalam memahami kaedah Pas untuk memperoleh undi. Katanya, Pas kini membawa sisi berbeza terutama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berbanding pendirian mereka dahulunya yang sinonim dengan perjuangan Islam. “Hari ini orang dah boleh buka mata, orang yang dulu anggap […]

» Baca lanjut

PRN: BN Negeri Sembilan Yakin Dapat Dua Lagi Kerusi

KAJANG, 26 Jun – Barisan Nasional (BN) telah memohon untuk mendapatkan dua kerusi tambahan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan iaitu masing-masing satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam Parlimen Seremban dan Parlimen Jelebu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata BN telah ditawarkan 16 kerusi DUN dan membuat permohonan itu […]

» Baca lanjut

Jangan Layan Kenyataan Bertentangan Pendirian Rasmi Kerajaan Perpaduan – Zahid

SEREMBAN, 24 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan sebarang kenyataan mana-mana individu yang bertentangan dengan pendirian komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata sekiranya pemimpin UMNO mudah memberikan reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan […]

» Baca lanjut

Tanah Terbiar Di Melaka Jadi Kawasan Pertanian Berteknologi Tinggi – KM

MELAKA, 24 Jun – Kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi mengenal pasti semua tanah dan sawah terbiar sekitar negeri Melaka untk diambil alih dan dibangunkan sebagai kawasan tanaman pertanian berteknologi tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Katanya, kajian berkenaan akan dilaksanakan Jabatan Pertanian negeri ekoran Melaka berdepan dengan kesediaan tanah pertanian yang terhad pada masa hadapan, sekiranya langkah […]

» Baca lanjut

Johor Penyumbang Terbesar Kepada Jumlah Perdagangan Negara Bagi Tempoh Jan-April Tahun Ini

ISKANDAR PUTERI, 22 Jun – Johor muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 juta bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. “Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu […]

» Baca lanjut

UMNO Selangor Nafi Keluarkan Surat Desak Rafizi Letak Jawatan Menteri Ekonomi

SHAH ALAM, 22 Jun – Badan Perhubungan UMNO Selangor hari ini menafikan telah  mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau. UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan. Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut. “Berita palsu seumpama […]

» Baca lanjut

IKR Mudahkan Rakyat Peroleh Peruntukan Tambah Baik Infrastruktur Awam – Rais

MELAKA, 22 Jun – Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) berjumlah RM500 juta diumum Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini, merupakan satu inisiatif yang baik bagi mempermudah rakyat mendapatkan peruntukan untuk menambah baik infrastruktur kecil awam. Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka Datuk Rais Yasin berkata selain itu, IKR juga menunjukkan tiada jurang bagi rakyat dan […]

» Baca lanjut

Aduan Rakyat Perlu Diselesaikan Dalam Tempoh Dua Minggu – Ab Rauf

MELAKA, 22 Jun – Semua aduan rakyat yang disalurkan kepada agensi dan jabatan terlibat pada Program Hari Bertemu Rakyat atau ‘Open Day’ perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata aduan berkenaan akan diteliti dan dibawa dalam mesyuarat berkaitan sebelum maklum balas diberikan kepada pengadu secara bertulis. “Rakyat meletakkan harapan tinggi kepada pihak kerajaan […]

» Baca lanjut

UMNO Sabah Bela Nasib Rakyat, Tindakan Minta Penyewa PPR Kosongkan Rumah Tidak Wajar

SANDAKAN, 22 Jun – Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menyifatkan tindakan meminta penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah mengosongkan rumah selepas 10 tahun menyewa adalah tidak wajar dan keterlaluan. Beliau berkata surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bertarikh 19 Jun 2023 itu yang tular sejak kelmarin amat membebankan penyewa yang majoriti golongan B40. […]

» Baca lanjut

Lokman Harap Kerajaan Tidak Berhenti Bersih, Perbetul Badan Kehakiman

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berharap agar kerajaan tidak berhenti dalam usaha untuk memperbetulkan dan membersihkan badan kehakiman meskipun ianya agak sukar untuk dilakukan. Menerusi siaran langsung di laman Facebooknya semalam, beliau yang juga Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia turut mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi respons […]

» Baca lanjut
1 59 60 61 62 63 309