Jalan Baharu Solok Ayer Limau-Kampung Jeram Beri Manfaat Kepada Melaka, N. Sembilan

ALOR GAJAH, 11 Julai – Projek pembinaan jalan baharu di Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram yang menghubungkan pekan Masjid Tanah dan Alor Gajah, Melaka serta Port Dickson, Negeri Sembilan sepanjang hampir tiga kilometer akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata projek membabitkan peruntukan kira-kira RM36 juta oleh Kementerian Kerja Raya itu melibatkan […]

» Baca lanjut

Manfaat Media Sosial, Pantas Jawab Isu Dibangkit Pihak Lawan – Shabery

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpandangan media sosial perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan terutama daripada pihak lawan. Jelasnya ianya perlu dijawab secepat mungkin bagi memastikan isu yang dibangkitkan mendapat penerangan sewajarnya. “Semua orang ada telefon, dahulu orang kaya sahaja sekarang anak kita yang lapan tahun pun […]

» Baca lanjut

MIC, MCA Tak Boikot PRN, Bantu Menangkan Calon BN

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Keputusan parti komponen Barisan Nasional (BN) MIC dan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, bukan langkah memboikot gabungan itu dan PRN. Sebaliknya ia merupakan keputusan konsensus dan dibuat berdasarkan peluang calon UMNO yang dilihat lebih cerah untuk memenangi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang bakal ditandingi […]

» Baca lanjut

Kerjasama Malaysia-Tesla Melangkaui Sektor EV – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Potensi kerjasama di antara Malaysia dan Tesla bukan sahaja terhad kepada sektor kenderaan elektrik (EV) semata-mata tetapi turut membabitkan sektor lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata akan ada pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk […]

» Baca lanjut

PRN: PN Jangan Cuba Hendak ‘Kelantankan’ Selangor – Ahmad Shabery

BANGI, 9 Julai – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi amaran kepada Perikatan Nasional (PN) agar tidak bercita-cita untuk ‘Kelantankan’ Selangor. Ini kerana katanya, gabungan BN-Pakatan Harapan (PH) di negeri itu bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah untuk memastikan Selangor menjadi kubu terkuat Kerajaan Perpaduan. “Saya percaya pada malam ini bersejarah kalau dapat […]

» Baca lanjut

Johor Tarik Pelancong Melalui Pelancongan Sukan

KOTA TINGGI, 8 Julai – Johor mahu menjadikan pelancongan sukan sebagai antara tarikan ke negeri itu dengan merangka penganjuran beberapa sukan bertaraf antarabangsa termasuk sukan berbasikal. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata perancangan berkenaan akan dimulakan pada tahun depan dengan kerjasama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Beliau berkata buat permulaan, […]

» Baca lanjut

‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’, Laporan Tidak Berasaskan Fakta – Fadzli

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata laporan berita dalam Sinar Harian semalam yang bertajuk ‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’, telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat. Sedangkan tegas beliau keputusan mahkamah semalam hanyalah berhubung permohonan interlokutori pihak Royal Pahang Durian dan perjalanan berhubung soal berkenaan masih jauh dan perlu melalui proses seterusnya. […]

» Baca lanjut

BN Hormati Keputusan MCA, MIC Tidak Bertanding PRN – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan. “Saya sebagai Pengerusi BN hormati […]

» Baca lanjut

Dr Asyraf Tegaskan Keutamaan UMNO Jaga Islam, Bangsa, Bahasa dan Raja-Raja Melayu

KLANG, 5 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa apabila UMNO memutuskan untuk berada dalam Kerajaan Perpaduan, tanggungjawab utamanya adalah menjaga Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga bahasa Melayu. Katanya itu adalah perkara yang tidak boleh dikompromikan. “Yang paling penting tertubuhnya saja kerajaan kita buat satu perjanjian sembilan muka surat dan kita masukkan balik […]

» Baca lanjut
1 57 58 59 60 61 309