UMNO Serah Writ Saman Kepada Dua Bekas Anggota Parti

TANAH RATA, 15 Jan – Dua bekas anggota Parlimen UMNO yang meninggalkan parti itu telah diberikan writ saman, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa. Katanya dua individu tersebut adalah Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. “Peguam-peguam kita telah menghantar writ saman kepada mereka,” katanya kepada pemberita […]

» Read more

Lantik Eric Paulsen Langkah Sumbang – Reezal Merican

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil baharu Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) disifatkan sebagai langkah yang sumbang dan merupakan satu kesilapan. Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut menyifatkan Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty itu sebagai seorang yang sangat kontroversi selain mempunyai […]

» Read more

PRK Cameron Highlands: Pengundi Jangan Tertipu Dengan Taktik PH

TANAH RATA, 14 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengundi di Parlimen Cameron Highlands terutamanya masyarakat Orang Asli harus berhati-hati dengan segala taktik yang bakal dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana mereka akan lakukan apa sahaja demi menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Jelas beliau, dalam tempoh berkempen ini sudah pasti umum akan dapat […]

» Read more

Tok Batin Buat Laporan Polis Terhadap Senator PH, Bob Manolan

LIPIS 12 Jan. – Tindakan Senator Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad mengeluarkan kenyataan ‘memecat’ Tok Batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) terus mendapat bantahan daripada Tok Batin di negeri ini yang tampil membuat laporan polis hari ini. Laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil Tok Batin iaitu Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas di Balai Polis Sungai Koyan di sini. Norya […]

» Read more

Peletakan Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Dan Selepasnya

Pada 6 Januari 2019, Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia meletak jawatannya. Tiada alasan diberikan. Saya juga tidak akan menduga. Bagi saya 6 Januari 2019 adalah suatu hari yang sangat penting bagi sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Ia menunjukkan kematangannya. Jika YDPA, atas sebab-sebab yang diketahui olehnya, berpendapat bahawa baginda tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik sebagai seorang YDPA, atau jika […]

» Read more

Kerajaan PH Diminta Tegas Tangani Perbuatan Hina Institusi Raja Berperlembagaan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyarankan agar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan setiap instrumen undang-undang yang wujud dan mengukuhkan penguatkuasaannya demi mengangkat dan memelihara martabat institusi Raja Berperlembagaan Malaysia dan ketenteraman bersama. Katanya, pihak berwajib, terutama sekali pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu untuk mengambil tindakan yang tegas serta efektif […]

» Read more

Kit Siang Provok MIC Sebab Takut UMNO Bertanding Di Cameron Highlands – Noh

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, Veteran Dap Lim Kit Siang tidak perlu sibuk ataupun membuat sebarang provokasi dalam urusan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Jelas beliau, walau siapapun yang bakal dinamakan sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini, sudah pasti ia adalah calon terbaik yang telah diputuskan […]

» Read more

Hina Agong: Pemuda UMNO Selangor Beri Tempoh 24 Jam Kemuka Bukti

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. didesak supaya mengemukakan bukti kukuh jika benar individu bernama Eric Liew yang didakwa menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat berkenaan. Justeru, Pemuda UMNO Selangor memberi tempoh selama 24 jam kepada Cisco Systems supaya berbuat demikian dalam usaha memastikan tiada lagi pihak cuba […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Cisco ASEAN Ambil Tindakan Terhadap Eric Liew

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyeru Cisco ASEAN dan Cisco System yang berpengkalan di San Jose untuk mengambil tindakan diatas tindakan pekerja mereka Eric Liew yang jelas melanggar prinsip, nilai dan falsafah Cisco System. Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Eric Liew seharusnya bertanggungjawab seperti yang digariskan oleh Cisco System sendiri iaitu “We say […]

» Read more

Lantikan Politik Dalam GLC: ‘Malaysia Baharu’ PH… Berterusan Mungkir Janji

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan sinis mengatakan ‘Malaysia Baharu’ yang dijaja oleh Pakatan Harapan (PH) seolah-olah sudah sinonim dengan tindakan memungkiri janji. Status di Facebooknya itu membidas PH sejak menjadi kerajaan pada 10 Mei tahun lalu, mereka berterusan tidak mengotakan janji apa yang terkandung di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu. “Tidak […]

» Read more
1 280 281 282 283 284 312