Pelitup Muka: Orang Ramai Boleh Rayu Kompaun

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Mereka yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka masih boleh merayu pengurangan denda tersebut, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Justeru itu katanya tiada keperluan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan mengurangkan jumlah kompaun yang dikenakan. ”Kita kenakan RM1,000 tetapi mereka boleh […]

» Read more

Patuhi SOP, Mohd Zaidi Giat Kempen Secara Bersemuka

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Mohd Zaidi Aziz memilih untuk berkempen secara bersemuka dengan pengundi berbanding mengadakan ceramah atau program. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu berkata selain dapat beramah mesra dengan pengundi, ia juga dapat mengelak keadaan bersesak di sesuatu acara atau ceramah bagi […]

» Read more

Kes Bicara Zahid: Saksi Akui 92 Cek Berjumlah RM76.9 Juta Untuk Tujuan Kebajikan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Saksi ke-87 Pendakwaraya, B. Muralidharan, 62, mengakui menerima 92 cek berjumlah RM76,967,355.41 daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh dua tahun, bagi dana itu disimpan dalam akaun Yayasan Al-Falah untuk tujuan keagamaan dan kebajikan. Beliau yang merupakan rakan kongsi Messrs Lewis & Co memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua cek […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Mantan JR Wanita UMNO Antara Tujuh Mangsa Maut Kemalangan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – “Innalillahi wainnailaihirojiun. Sangat sedih mendengar berita ini. Parti kehilangan seorang pejuang yang setia,” demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan rasa dukacita berkaitan laporan berita kematian tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan termasuklah mantan JR Wanita UMNO. Media melaporkan, kemalangan tersebut telah membabitkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) […]

» Read more

Wakil UMNO Dan Bersatu Dilantik JPKK Di Terengganu Bermula 2021 – Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos – Bermula Januari tahun depan, kerajaan negeri Terengganu akan menambah bilangan keahlian Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dengan penyertaan rakan sekutu politiknya iaitu UMNO dan Bersatu. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata melalui perubahan itu, komposisi JPKK sedia ada di Terengganu akan bertambah namun belum ada keputusan muktamad mengenai bilangan dan kaedah […]

» Read more

Speaker Dewan Rakyat Mohon Batal Saman Dr Mahathir Berhubung Pelantikannya

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Datuk Azhar Azizan Harun memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula dikemukakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu yang mencabar kesahihan pelantikannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua. Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu dikemukakan bersama dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat […]

» Read more

PRK Slim: Lapan Borang Pencalonan Sudah Dibeli

IPOH, 10 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan lapan set borang pencalonan telah dibeli setakat pagi ini, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Sabtu ini. Pengarah SPR Perak Mohd Nazri Ismail berkata, terdapat dua parti berdaftar dan tiga wakil Bebas membeli borang tersebut. Tanpa menyatakan parti berkenaan, Mohd Nazri berkata terdapat […]

» Read more

PRK Slim Medan Cari Titik Persamaan BN, PAS Dan Bersatu – Zahid

TANJUNG MALIM, 9 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada akhir bulan ini perlu dijadikan sebagai medan untuk mencari titik persamaan dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN), PAS serta Bersatu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kesepakatan BN menerusi UMNO bersama PAS dalam Muafakat Nasional terbukti menerusi beberapa PRK sebelum […]

» Read more
1 211 212 213 214 215 312