888,000 Pekerja Asing Kawasan Berisiko Tinggi Perlu Disaring – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Sebanyak 888,000 pekerja warga asing di enam kawasan berisiko tinggi perlu menjalani saringan COVID-19 yang dimulakan sejak Selasa (1 Dis). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi fasa pertama, sebanyak 100,000 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) akan diedarkan ke kawasan berkenaan iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah […]

» Read more

Pandemik Boleh Sebabkan Lebih 72 Juta Kanak-Kanak Alami ‘Kemiskinan Pembelajaran’

WASHINGTON, 3 Dis – Penutupan sekolah disebabkan COVID-19 berisiko menyebabkan 72 juta lagi murid sekolah berdepan ancaman “kemiskinan pembelajaran” – bermakna mereka tidak boleh membaca dan memahami teks yang mudah pada usia 10 tahun, kata Bank Dunia pada Rabu. Pandemik memburukkan lagi krisis pembelajaran global sedia ada, menurut dua laporan terbaharu Bank Dunia, yang menggariskan visi baharu pembelajaran serta pelaburan […]

» Read more

i-Sinar Bakal Menyinari Atau Sebaliknya… Kebajikan Rakyat Satu Keutamaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pandangan rakyat berhubung kenyataan terbaru Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai kriteria dan syarat terkini bagi pengeluaran Akaun 1 i-Sinar. “i-Sinar bakal menyinari atau sebaliknya? Pendapat anda bagaimana?,” soalnya sambil mengucapkan selamat pagi kepada semua netizen dalam satu hantaran di Facebook awal pagi tadi. Untuk rekod, […]

» Read more

Kembalikan Geran Tanam Semula Kelapa Sawit, Getah Yang PH Hentikan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengembalikan semula geran tanam semula kelapa sawit dan getah yang dihentikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO di Twitternya berkata demikian merujuk kepada sebuah laporan akhbar berkaitan peningkatan hasil kerajaan dari […]

» Read more

Kerajaan Pahang Miliki Makmal Analisis Pertanian Pertama Bernilai RM1.2 Juta

KUANTAN, 1 Dis – Kerajaan Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) kini memiliki makmal analisis pertanian termasuk bagi tanaman kelapa sawit yang pertama bernilai RM1.2 juta, bagi menjalankan kajian untuk meningkatkan hasil komoditi tersebut. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata makmal yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat itu telah mula beroperasi pada 1 Nov […]

» Read more

PRU15 Selepas COVID-19 Berakhir Tindakan Tepat Dapatkan Mandat Rakyat – Mohamad Hasan

SEREMBAN, 30 Nov – Hasrat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir disifatkan sebagai keputusan yang tepat bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata majoriti tipis yang ada di pihak pemerintah ketika ini menyebabkan ia sering dipersoal dan keadaan itu tidak baik […]

» Read more

Kerajaan Pertimbang Cadang Darurat Di Parlimen Gerik, Dun Bugaya Jika Ada Risiko Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kerajaan akan mempertimbang untuk mencadangkan pengisytiharan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah sekiranya kawasan itu mempunyai risiko penularan COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu akan dibuat selepas merujuk kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara […]

» Read more

PRK Gerik: UMNO Harap Bersatu, Pas Beri Laluan- Zahid

BAGAN DATUK, 28 Nov – UMNO berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS akan memberi laluan kepada UMNO untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik yang ditetapkan pada Januari tahun depan.   Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sokongan kedua-dua pihak perlu untuk memberi kemenangan di kerusi yang merupakan kubu kuat parti itu.  “Memandangkan […]

» Read more

Keputusan Parti Dibuat Secara Berjemaah, Bukan Dari Kenyataan Peribadi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai pengemudi parti dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti. Sebaliknya ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, segala keputusan adalah secara berjemaah melibatkan pemimpin-pemimpin lain di dalam parti. “Elok saya kongsikan kaedah di dalam membuat keputusan. Saya tidak akan, pernah […]

» Read more

Rakyat Cukup Terkesan COVID-19, Ternanti-nanti Keputusan Belanjawan 2021 – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan Bajet 2021 yang telah dibahaskan secara panjang lebar oleh ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat mencerminkan penekanan yang cukup tinggi ke arah usaha untuk membantu rakyat yang rata-rata terkesan dengan pandemik COVID-19. Malah menurut beliau, apa yang diutarakan oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) sebelum ini berkaitan pengeluaran wang dari […]

» Read more
1 195 196 197 198 199 312