PAU 2021 Pada Mac Bagi Laluan PPV Mega Di WTC – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 adalah bagi memberi laluan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi pemberian suntikan dos penggalak yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula Sabtu ini sehingga 15 Mac. Katanya, keputusan yang dicapai pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mengambil […]

» Read more

TCA: Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia, Filipina Bertemu 27 Jan

TAWAU, 14 Jan – Menteri Pertahanan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina akan bertemu pada 27 Jan ini bagi berbincang mengukuhkan Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Laut Sulu, Sulawesi serta Pantai Timur Sabah. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sebelum ini telah menyuarakan hasrat untuk mengukuhkan TCA melibatkan kerjasama angkatan […]

» Read more

UMNO Sabah Bawa Kekuatan Tersendiri, Komited Perkasa Perjuangan Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan UMNO Sabah mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam meneruskan perjuangan parti keramat ini meskipun berdepan pelbagai ujian semenjak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Katanya, kepimpinan parti sewajarnya mencontohi semangat yang dimiliki oleh jentera parti di negeri ini bagi memastikan UMNO terus relevan membawa agenda memperkasa nasib […]

» Read more

COVID: Siasatan Terperinci Perlu Untuk Banteras Penipuan Sijil Vaksinasi – Hishammuddin

KOTA KINABALU, 13 Jan – Pihak berkuasa diminta terus menjalankan siasatan terperinci bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan sijil vaksinasi COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata penipuan membabitkan sijil vaksinasi itu merupakan perkara yang tidak boleh dimaafkan kerana ia akan memudarat serta mendedahkan orang ramai kepada pandemik COVID-19. “Bagi saya, kita tidak akan kompromi penipuan […]

» Read more

35 Ladang Ternakan Babi Di Paya Mengkuang Diwarta Kawasan Wabak Penyakit ASF

JASIN, 13 Jan – Kerajaan Negeri Melaka bersetuju mewartakan 35 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah sebagai kawasan wabak dan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF). Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pewartaan itu adalah bagi mengawal penularan penyakit ASF daripada merebak, namun tiada tempoh khusus ditetapkan. “Pewartaan ini juga pertama kali dan tiada tempoh tertentu, […]

» Read more

Sembang Kari: Harum Seharum Harum Manis… Jangan Lupa Natijah Janji Manis PH

NAMPAKNYA semacam pancing pihak-pihak tertentu terhadap KP SPRM Tan Sri Azam Baki mengena. Everybody now jump into the fray. Pelbagai pihak menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berundur dan mahu independent enquiry dijalankan. Tan Sri Azam Baki sudahpun ambil tindakan saman terhadap pihak yang mendakwa kononnya beliau memiliki saham bernilai jutaan ringgit. Dalam hal ini pemilik akaun Twitter Lalitha Kunaratnam bekas […]

» Read more

Sumbangan 2.5 Peratus GERD Kepada KDNK Antara Empat Sasaran Mranti – Adham

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) akan memberi tumpuan kepada pencapaian empat sasaran utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata empat sasaran utama tersebut adalah 2.5 peratus Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 1.4 peratus […]

» Read more

KPKT Lantik 25 PoE, Bantu Kerajaan Dalam Isu Aksesibiliti Perumahan Kepada Rakyat

PUTRAJAYA, 11 Jan – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik 25 individu termasuk pemain industri yang mempunyai pengalaman luas serta mendalam berkaitan sektor perumahan dalam negara untuk menganggotai Panel Berkepakaran (PoE). Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pelantikan itu satu inisiatif strategik kementerian menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran pelbagai pihak dalam membantu kerajaan […]

» Read more

Kerajaan Johor Masih Pantau Keadaan, Keperluan Adakan PRN

JOHOR BAHRU, 11 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad hari ini berkata beliau tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata kerajaan Johor masih memantau dan melihat keadaan semasa berhubung keperluan untuk mengadakan PRN. “Saya masih berpendapat bahawa saya perlu lihat keadaan apabila kerajaan negeri hanya […]

» Read more

Tidak Timbul Masalah Berhubung Pemberian Bantuan Banjir Di Johor – Hasni

JOHOR BAHRU, 11 Jan – Tidak timbul sebarang masalah setakat ini berhubung pemberian bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Johor, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad. Bagaimanapun, beliau menjelaskan sekiranya terdapat kelewatan pemberian bantuan berlaku, ia hanya melibatkan kes-kes terpencil. “Saya sudah menekankan bahawa soal banjir bukanlah kali pertama di Johor, kalau ada pun kelewatan (beri bantuan), itu […]

» Read more
1 126 127 128 129 130 309