Catat Negeri Tertinggi Kes COVID-19, Tapi Bajet Selangor Tiada Fokus Isu Rakyat Terkesan – Armand

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah merasa kecewa dengan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari hanya ‘cut and paste’ dari belanjawan yang terdahulu. Bidas Ketua UMNO Bahagian Subang itu, bajet tersebut juga jelas menunjukkan tidak mengambil berat kesusahan yang dihadapi rakyat dalam menghadapi COVID-19. “Bajet […]

» Read more

Anggota Pentadbiran Kerajaan BN Setuju Terus Sokong Kerajaan, Sepakat Perkukuh Parti

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Anggota pentadbiran kerajaan daripada parti Barisan Nasional (BN) telah bersetuju agar kerajaan yang telah dibentuk secara muafakat ketika ini terus didokong termasuklah dengan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 20 anggota pentadbiran BN hari […]

» Read more

Fitnah Tidak Boleh Bawa Kepada Kejayaan – Annuar

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak percaya fitnah boleh membawa kepada kejayaaan seperti pegangan segelintir pihak. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian mengenai poster palsu yang mendakwa beliau telah ‘berhijrah’ menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “Seronok juga tengok poster palsu yang dibuat pihak tertentu (yang saya […]

» Read more

Lebih 100 CCTV Pantau Pendatang Haram Berniaga Di Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pendatang haram yang menjalankan perniagaan di Pasar Borong Kuala Lumpur menerusi pemasangan lebih 100 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata CCTV dilengkapi ciri Kecerdasan Buatan dengan teknologi pengecaman wajah itu akan membolehkan kerja pemantauan […]

» Read more

381 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKPP

KUALA LUMPUR, 22 Nov  — Seramai 381 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan 377 daripadanya dikompaun manakala empat individu direman, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, antara kesalahan mereka ialah berkenaan aktiviti di pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69), gagal […]

» Read more

Kerajaan Kaji Bina Kuarters Pekerja Asing – Annuar

KUALA LUMPUR, 21 Nov –  Kerajaan akan mengkaji langkah mewujudkan kuarters untuk pekerja asing bagi mengelak penularan pandemik COVID-19 di tapak pembinaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata bagi tujuan itu, pihaknya sedang berunding dengan beberapa kementerian lain dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). “Kadang kala, ada pekerja asing duduk di bangunan yang baru siap […]

» Read more

Tuduh Jual Tanah, Annuar Akan Saman Pemimpin Dap, Tan Kok Wai

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah bertindak menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tegasnya, sepanjang memegang jawatan menteri dalam tempoh lapan bulan sejak Mac lalu, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual […]

» Read more

Nantikan Khamis Ini Segmen Wawancara CePumas Bersama Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Saksikan esok, Khamis Segmen Wawancara CePumas yang akan membawakan tokoh UMNO yang tidak asing lagi, juga selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa yang akan diwawancara sendiri Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan. Menerusi segmen baharu terbitan Penerangan UMNO Malaysia (Pumas), CePumas  bakal membawa kelainan dan juga perubahan tersendiri dengan konsep bertanyakan soalan […]

» Read more

Pahang Bentang Belanjawan Lebihan Kali Ke-18

KUANTAN, 16 Nov – Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’ dengan lebihan RM5.332 juta, iaitu belanjawan lebihan ke-18 negeri sejak 1992. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata belanjawan itu menyediakan peruntukan RM795.466 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM201.915 juta bagi perbelanjaan pembangunan, manakala kutipan hasil negeri dianggarkan sebanyak RM800.798 juta. […]

» Read more
1 77 78 79 80 81 99