PRN: Pemerintahan Negeri Dan Pusat Mesti Selari… Kerajaan Perpaduan Paling Stabil

KOTA RAJA, 18 Julai – Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan paling stabil, hasil kerjasama Barisan Nasional (BN) dah Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada 148 kerusi ketika ditubuhkan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Justeru, beliau berharap agar para pengundi yang bakal membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini mestilah memastikan agar kerajaan negeri […]

» Read more

Guna Taktik Kotor Demi Undi… Pas Gagal Didik Rakyat Dalam Soal Politik

KUALA TERENGGANU, 18 – Pas ternyata gagal dalam mendidik rakyat dalam soal politik apabila mereka cuba untuk mendapatkan keyakinan para pengundi dengan taktik kotor seperti menipu, membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap parti lawan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, isu kerjasama UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan telah dimanipulasikan oleh Pas […]

» Read more

PRK Kuala Terengganu Serentak Dengan PRN Enam Negeri Pada 12 Ogos – SPR

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN di […]

» Read more

PN/Pas Cuba Alih Kegagalan Tadbir Negeri Kelantan Dengan Isu Negara – Zawawi

PASIR PUTEH, 17 Julai – Pas/Perikatan Nasional (PN) dilihat telah lari daripada acuan asal apabila mengaitkan isu-isu negara dalam ceramah-ceramah semata-mata untuk mengalihkan kegagalan mereka mentadbir negeri Kelantan. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman mempersoalkan apakah mereka bercadang untuk menukar kerajaan sedia ada dengan memainkan isu semasa negara seperti kejatuhan nilai matawang ringgit dan sebagainya. “Saya melihat Pas […]

» Read more

Ingat Rekod ‘Kahwin-Cerai’ Pas… Hati-Hati Pilih Parti Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Stabil – Shabery

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Rakyat perlu diingatkan dengan rekod mudah ‘kahwin-cerai’ Pas untuk lebih berhati-hati dalam memilih parti yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara yang dilakukan oleh Pas selalunya diakhiri dengan memburukkan ‘bekas pasangan’ mereka untuk menawan hati rakyat. “Ada orang suka […]

» Read more

PRN: PH, BN Atur Strategi Ampuh Untuk Raih Kemenangan Di Enam Negeri

PERMATANG PAUH, 17 Julai – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus mengatur strategi yang ampuh sekali gus mengumpul kekuatan akar umbi parti masing-masing bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini. Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarat lain bagi dua gergasi politik tanah air itu untuk meraih kemenangan ialah dengan mengerah […]

» Read more

PRN: Pilih Pemimpin Yang Dah Terbukti Jaga Rakyat, Tolak Politik Retorik PN

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan orang ramai khususnya yang bakal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada 12 Ogos depan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memilih pemimpin yang telah terbukti bertanggungjawab dan berkhidmat kepada rakyat. Katanya, rakyat perlu tolak politik retorik seperti Perikatan Nasional (PN) yang terbukti lebih banyak berjanji sedangkan apabila mendapat kuasa pelbagai […]

» Read more

PRN Peluang Terbaik Rakyat Selarikan Kerajaan Negeri Dan Pusat – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Ogos ini merupakan peluang terbaik untuk rakyat selarikan tampuk pemerintahan negeri dengan kerajaan pusat bagi memudahkan proses pentadbiran. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cabaran yang paling besar dalam menghadapi PRN ini adalah untuk membaca kemahuan rakyat dalam menentukan kerajaan negeri. […]

» Read more

Kerajaan Negeri Kedah ‘Lencongkan’ Kegagalan Mentadbir, Bangkit Isu 3R

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat cuba untuk ‘melencongkan’ segala kegagalan mereka mentadbir negeri itu dengan membangkitkan sentimen 3R iaitu kaum (race), agama (religion) dan raja (royalty). Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, tiada apa-apa penambahbaikan yang dilakukan […]

» Read more
1 79 80 81 82 83 133