UMNO Kumpul Dapatan Pascanilai PRN

BANGI, 21 Ogos – UMNO sedang mengumpul kesemua dapatan daripada pascanilai bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan kerusi ditandingi parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos lepas. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini, pascanilai sedang dilaksanakan di peringkat negeri dan sayap parti itu. “Saya percaya setiap negeri dan […]

» Read more

Isteri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang Meninggal Dunia

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos – Isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datin Maznah Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Seberang Jaya semalam. Musa berkata isterinya Maznah, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 7.40 malam tadi ketika menerima rawatan akibat serangan strok. “Allahyarham memang kena serangan strok sebelum ini dan menjalani pelbagai bentuk […]

» Read more

Pasca-PRN: UMNO/BN Perlu Berubah Ikut Selera Rakyat – Nurhisam

DUNGUN, 17 Ogos – Pendukung dan pejuang parti perlu melakukan perubahan terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) mengikut selera terkini rakyat untuk menarik semula sokongan mereka yang semakin terhakis pada ketika ini. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Nurhisam Johari berkata, keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu wajar dihormati dan tindakan menuding jari kepada individu tertentu adalah tidak wajar. “Kita wajar […]

» Read more

Reezal Merican Jamin Jadi ‘Backbenchers’ Berkesan Kerajaan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 17 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan memainkan peranan aktif sebagai ahli ‘backbenchers’ (penyokong) kerajaan negeri Pulau Pinang. Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kepala Batas, katanya, beliau akan memainkan peranan beackbenchers tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). “Sekarang negeri […]

» Read more

Rakyat Akan Kembali Sokong UMNO/BN… Perlukan Langkah Pembuktian Kerajaan Perpaduan – Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Rakyat akan kembali menzahirkan sokongan mereka kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam tempoh jangka masa panjang dan ianya memerlukan Kerajaan Perpaduan membuktikan kecekapan mereka mentadbir negara. Pensyarah Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan keutuhan kedudukan Perikatan Nasional (PN) di kawasan luar […]

» Read more

UMNO Buat Post Mortem PRN Nilai Kelemahan

SERDANG, 15 Ogos – UMNO akan mengadakan post mortem bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi yang ditandingi parti itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lepas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mengulas desakan agar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur ekoran keputusan PRN yang tidak menyebelahi […]

» Read more

Bawa Suara Rakyat Perlu Diutama, Berani Berubah Jika Tidak Mahu UMNO Dilupakan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Salleh berkata bahawa ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain. Maksud kata beliau, ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak percaya pada UMNO. “Tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO. “Membawa suara rakyat perlu diutamakan […]

» Read more

PH-BN Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dengan kemenangan ini Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri akan dibentuk dan istiadat mengangkat sumpah […]

» Read more

22 Peratus Keluar Mengundi Di Terengganu Setakat 10 Pagi, Kedah Dan Pulau Pinang 20 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat 10 pagi di Terengganu merekodkan 22 peratus manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 20 peratus, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selangor pula mencatatkan 19 peratus, Negeri Sembilan 18 peratus dan 17 peratus di Kelantan. Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat […]

» Read more

Pemuda UMNO Libaran Angkat Kebersamaan Jentera BN-PH Demi Menangkan Mohd Al-Hafizi

KUALA LANGAT, 10 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran, Mohd Razlan Dandan memaklumkan jentera parti dari Sabah sepakat bersama-sama anggota tempatan termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) demi memastikan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang Mohd. Al-Hafizi Abu Bakar beroleh kemenangan. Katanya, sepanjang berkempen di sini pelbagai gerak kerja dilaksana dan terus dilipatgandakan menjelang hari […]

» Read more
1 11 12 13 14 15 134