Pasukan Petugas Beri Tumpuan Pada Hospital Lebih 50 Tahun

PUTRAJAYA, 22 Julai – Satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk menangani masalah hospital lama yang mempunyai risiko kebakaran dan tidak mempunyai sijil perakuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Pasukan petugas yang ditubuhkan dua minggu lepas itu dan telah mengadakan mesyuarat pertamanya baru-baru ini, akan memberi fokus […]

» Read more

PH Berebut PM, Sepang Undi PD Atau Langkawi? Soal Tanjung Karang

KUALA LUMPUR, 16 Julai – “Jangan tanya sebab-sebab letak jawatan, saya nak tanya Yang Berhormat waktu mengadap Agong (Yang di-Pertuan Agong-YDPA) dulu, Yang Berhormat mengundi siapa? Undi Port Dickson ke undi Langkawi? Tolong bagitahu,” bidas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar. Noh menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang memintanya bertanya kepada Ahli Parlimen Langkawi, Tun […]

» Read more

RM6.3 Bilion ‘Lesap’… Kondo Mewah Siap Tapi Mana Terowong Dasar Laut Dan Tiga Jalan Utama?

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Penganalisa politik tempatan, Azizi Safar mempersoalkan apa status projek terowong dasar laut yang sehingga kini masih tidak ada sebarang perkembangan. Apa yang lebih dipersoalkan adalah bukan hanya terowong tetapi tiga jalan utama yang dijanjikan juga tidak nampak bayang tetapi dua blok kondominium mewah di atas tanah ‘bayaran’ oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Straits Quay […]

» Read more

ADUN Sungai Acheh Akan Sertai PN

NIBONG TEBAL, 4 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim yang ternyata kecewa dengan PKR bakal menyertai parti gabungan Perikatan Nasional (PN). Katanya, beliau langsung tidak diberi peluang untuk membela diri atau rayuan dan terkejut menerima surat pemecatan bertarikh 1 Julai kerana tiada alasan dinyatakan berhubung tindakan tersebut terhadapnya. Menurutnya, setakat ini beliau masih belum menyertai […]

» Read more

Veteran Tentera, Orang Asli Bantu Lindungi Khazanah Hutan Negara

LIPIS, 29 Jun – Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) bagi melindungi khazanah hutan negara oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) diperkukuh dengan penglibatan veteran tentera dan Orang Asli sebagai renjer hidupan liar di lokasi tumpuan pencerobohan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata buat permulaan, seramai 100 veteran tentera dan 50 Orang […]

» Read more

Prinsip Rukun Negara Perlu Diamalkan, Dihayati – Belia

SEREMBAN, 29 Jun – Lima prinsip Rukun Negara perlu digenggam kemas setiap lapisan masyarakat kerana ia terbukti menjadi kunci kepada keutuhan perpaduan dan keharmonian antara kaum sejak sekian lama di negara ini. Itu adalah pandangan beberapa belia dan mereka turut menyifatkan penghayatan terhadap prinsip berkenaan adalah perlu bagi memastikan negara terus makmur, membangun dan berdaya saing serta gemilang di masa […]

» Read more

Pembukaan Semula Sekolah Berjalan Lancar, Patuhi SOP Dan Normal Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pembukaan semula sesi persekolahan hari ini berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu. Setelah kira-kira tiga bulan terhenti akibat pandemik COVID-19, seramai 500,444 pelajar daripada 2,440 sekolah menengah yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) […]

» Read more

Kerajaan Perlu Tegas, Hukuman Berat Wajib Dikenakan Untuk Pemandu Mabuk

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mendesak kerajaan untuk bertindak tegas dan berlaku adil terhadap kes kali ini berserta kes yang sebelumnya, kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol ini adalah berat dan wajib dibawa di muka pengadilan secepat mungkin. Menurut Ketuanya, Rosesarwandi Yaacob berkata masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab memandu di bawah pengaruh […]

» Read more
1 113 114 115 116 117 133