346,508 Individu Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Setakat 16 Mac

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Seramai 346,508 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 41,913 individu, diikuti Perak (39,404), Sabah (33,966) dan Sarawak (32,465). “Di Kuala Lumpur seramai 31,740 individu, Johor (26,185), Pahang (25,944), Kedah (23,871), […]

» Read more

292,104 Sudah Terima Vaksin COVID-19, Selangor Tertinggi – Adham

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Memasuki hari ke-19 pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Feb lepas, seramai 292,104 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi individu yang menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (35,620), Perak (31,675) dan Sarawak […]

» Read more

Lebih 275,000 Individu Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Setakat 12 Mac

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Seramai 275,851 individu menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan pemberian vaksin paling tinggi dengan 33,163 individu diikuti Sarawak (29,052); Perak (28,463); dan Kuala Lumpur (28,244). “Sementara itu di Pahang, seramai 21,841 individu; Sabah (21,708); Johor (20,276); Kedah (16,546); Pulau Pinang […]

» Read more

Gelembung Pelancongan: Bagaimana Cara Nak Melalui Negeri PKPB? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan merentas negeri di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP lain di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar mulai 10 Mac 2021. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan bagaimana cara untuk negeri PKPP yang ingin bercuti ke negeri PKPP lain namun perlu […]

» Read more

186 Pengamal Perubatan Swasta Diberi Kuasa Kendali Kes Positif COVID-19

PUTRAJAYA, 10 Mac – Seramai 186 pengamal perubatan swasta diberikan kuasa di bawah Seksyen 10 (2) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bagi mengendalikan kes positif COVID-19 berkuat kuasa esok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata kesemua mereka berkuasa mengeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID serta […]

» Read more

Larangan Rentas Negeri Kekal Sehingga 18 Mac, Rentas Daerah Dibenar Kecuali Sabah – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Larangan pergerakan merentas negeri di seluruh negara ketika ini dikekalkan manakala pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata larangan merentas daerah di Sabah dikekalkan untuk tempoh dua minggu atas permintaan kerajaan negeri. “Kita faham Sabah negeri yang amat besar, […]

» Read more

Lagi Negeri Di Semenanjung Mula Terima Bekalan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Beberapa negeri lagi di Semenanjung Malaysia mula menerima bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech pada hari kedua Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini. Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Kelantan, Perak, Pahang dan Perlis telah menerima bekalan vaksin tersebut semalam. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima suntikan vaksin COVID-19, menandakan bermulanya […]

» Read more
1 49 50 51 52 53 73