Titah Agong Perlu Dijadikan Pedoman Kepada Kerajaan, Tangani Pandemik COVID-19 – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Wanita UMNO Malaysia merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertemu dengan para pemimpin parti politik negara dan mengadakan Perbincangan Khas bersama DYMM Raja-Raja Melayu bagi membincangkan situasi rakyat dan negara dalam mendepani penularan COVID-19. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad […]

» Read more

Titah Agong Beri Kelegaan Untuk Rakyat, Berdepan Kemelut COVID-19 – Haryaty Hamdzah

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu yang telah menzahirkan pandangan dalam Perbincangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara semalam. Ketuanya, Haryaty Hamdzah berkata titah ini memberi kelegaan bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan keresahan akibat pandemik COVID-19 dari […]

» Read more

Raja-Raja Melayu Sokong Parlimen Bersidang Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Raja-Raja Melayu yang menghadiri perjumpaan di Istana Negara hari ini menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen segera bersidang. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata di peringkat negeri pula, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat […]

» Read more

BN Tambah Kekuatan Jentera Bantu Pendaftaran Vaksin, Dr Zambry Abd. Kadir SUA BN Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Barisan Nasional memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu pendaftaran vaksin khususnya warga emas, OKU dan penduduk di kawasan pedalaman. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN juga menyeru semua pihak agar mematuhi SOP bagi pengawalan penularan Covid 19 yang sangat membimbangkan pada ketika ini. Beliau berkata demikian dalam […]

» Read more

Kes COVID-19 Terus Melonjak: Ahmad Maslan Syorkan ‘Total Lockdown’, Kerajaan Beri Bantuan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat terutamanya hari ini hingga melonjak ke angka 7,289 kes, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar dibuat Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mensyorkan agar PKP secara penuh itu dibuat selama 15 hari dahulu dan kerajaan perlulah memberi bantuan kepada mereka […]

» Read more

COVID-19: 6,509 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 2,049 Kes

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kes positif baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan sedikit penurunan hari ini dengan 6,509 kes berbanding rekod tertinggi 6,976 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di akaun rasmi Twitternya hari ini berkata Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 2,049 kes. Ini diikuti Sarawak […]

» Read more

Padang Besar Pavilion, Landskap Baharu Ekonomi Bandar Sempadan

PADANG BESAR, 19 Mei – Kompleks beli-belah Padang Besar Pavilion yang dijangka siap pada penghujung 2021 mampu mewujudkan landskap baharu ekonomi bagi bandar sempadan ini menjelang awal 2022. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata projek bernilai RM30 juta itu merupakan inisiatif pelabur swasta, PZS Development Sdn Bhd untuk membangunkan tanah milik kerajaan negeri seluas 3.64 hektar sebagai Kampung […]

» Read more

COVID-19: 4,498 Kes Baharu – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Malaysia merekodkan 4,498 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, setelah lebih sebulan (39 hari) mencatatkan angka terendah iaitu 941 kes pada 29 Mac. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata jumlah kes baharu itu menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara kini berjumlah 432,425 kes. Dalam […]

» Read more
1 47 48 49 50 51 73